Suka blog AisyahAzman?

Tuesday, December 24, 2013

Abang aku accident!

//Assalamualaikum and hello guys\\

Apa?! Angah accident?! Betapa tergamamnya aku bila my beloved mom bagitahu yang abang kesayangan aku menghadapi kecelakaan. Astaghfirullahal'Aziim. Hanya Allah sahaja tahu apa yang aku rasa masa tu. Sesungguhnya setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Bila jadi ? Dah lama dah. 31 Januari 2012 kalau tak salah aku. Saja nak throwback. Sebab sampai bila-bila pun aku memang takkan pernah lupa kejadian paling tragis dalam family aku.

Luka memang parah gila gila gila. Sedih aku bila tengok abang aku yang sememangnya sempurna dari segi fizikal tiba-tiba hilang separuh daripada nikmatNYA. Astaghfirullahal'Aziim. Kecelakaan ni memang bukan kehendak kita kan ? Kadang-kadang kita berhati-hati pun, orang lain yang cuai. Tapi kita kena ingat, orang lain yang cuai tu pun tidak merancang yang kecuaian mereka mengundang kecelakaan. Kesimpulannya, Allah Azawajalla perancang yang paling hebat. Sesungguhnya tiada tandingan yang boleh melawan rancangan Allah.

 
Tengok motor tu. Astaghfirullahal'Aziim. Teruknya. Habis hancur. Berlipat-lipat-lipat ish. hm.

Jangan kesiankan kat motor tu. Biar nak hancur lebur ke, nak terbalik terbongkang macam mana pun, semua tu boleh diganti bila-bila masa nanti. Apatah lagi kuaci dalam bakul motor tu. Sampai sekarang berlambak kat kedai-kedai. *sila zoom untuk tampak lebih jelas gituuuu~


Tapi kalau anggota kita? Memang takkan pernah ada galang-ganti. Kalau ada pun, takkan pernah sama dengan yang asal. Angah, aku harap kau bersabar. Ni semua dugaanNYA untuk kau. Allah still sayang kat kau sebab tu dia bagi peluang untuk kau teruskan kehidupan kau di alam nyata ni. Dia Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui segala apa yang dilakukan. 

Lama jugak tau abang kesayangan aku ni nak tunggu masa sembuh sepenuhnya. Alahai. Alhamdulillah aku bersyukur sangat-sangat Allah still bagi pinjam nyawa kat kau. Kalau tak, aku tak tau keadaan aku tanpa abang macam mana sekarang. Aku sayang abang aku sangat-sangat. Baik buruk dia, tetap abang kandung aku juga, Gaduh besar bagai nak terbalik rumah jiran sebelah pun, kami buddies, kami takkan terpisah. eh? Haha. Air yang dicincang takkan pernah putus even kau guna pedang samurai semata-mata nak cincang air sekalipun. Sebab ikatan kitorang lagi kuat daripada air tu. 

At last but not least, my beloved brother sudah sembuh sesembuh sembuhnya. Dia mampu bergerak dengan pantas gila tak terkejar. Sekarang, dia dah boleh buat semua aktiviti harian macam biasa sebiasa biasanya. Alhamdulillah berkat limpahan kurnia daripada Allah dan doa yang tidak putus-putus dari ahli keluarga serta muslimin muslimat di luar sana.

Now, my beloved brother dah kembali handsome seperti dulu kala. Hopefully, tragedi sebegitu rupa takkan terjadi lagi dalam family aku. Semoga korang pun dijauhkan daripada kecelakaan yang amat amat amat tragis.

KataKata tulus ikhlas daripada AisyahAzman ::
Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui. Bersabarlah dalam menghadapi pelbagai ujian daripadaNYA. Ada sebab kenapa DIA memberi ujian kepada kita. Allah tidak akan memberi ujian kepada hambaNYA yang tidak mampu. Jangan sesekali mempersoalkan kenapa kenapa kenapa Allah memberi ujian itu dan ini kepada kita. Renung-renungkan and selamat termenung. eh ? hehe. 

With love,
AisyahAzman





No comments:

Post a Comment

komen sini thanks dearies:)