Suka blog AisyahAzman?

Saturday, December 28, 2013

Andai hatiku bersuara by Rya Rahman

//Assalamualaikum and hello guys\\

Aku baru lepas godek-godek youtube, tiba-tiba teringat kat satu tajuk lagu yang memang menangis dengar wui. Then, tanpa membuang masa yang sememangnya tak tunggu kita, aku pun search lah tajuk lagu tu. "Andai Hatiku Bersuara". Sudah terang lagi bersuluh, tajuknya pun agak sadis gituuu.

Meh aku nak bubuh liriknya sekali. 

Oh Tuhan, berikanlah aku,
Kekuatan menempuhi dugaanMu,
Aku percaya ada hikmahnya,
Di setiap dugaan yang ku terima.

Andainya hatiku bersuara,
Pastinya ia akan berkata,
Cukuplah sayang aku tidak berdaya,
Mengharungi segala sengsara.

Berapa kali harus aku terluka,
Barulah kan ku sedar,
Cintaku tidak layak untuk dirinya,
Tidak ku mengerti, tidak ku fahami.

Seperti insan biasa ku ingin bahagia,
Menyintai dan dicintai tiada duanya,
Andai terlampau permintaanku ini,
Maafkanlah kasih.


Sedih tak? Sedih kan? Menusuk kalbu tak? Menusuk kalbu kan? Terkilan tak? Terkilan kan? Tak rasa apa-apa? Kerasnya hati kau! Percaya atau tidak, aku menangis wey time dengar lagu ni. Penghayatan aku phewwww memang terbaik. Aku sememangnya seorang manusia yang lemah and kuat menangis. Gembeng~ Siapa suruh lagu ni sedih gila gila gila. Memang melayanlah kalau dah dengar lagu macam ni kan. Hikhok.

By the way, suara Rya Rahman pun memang awesome! Salute sama suaranya. Pinjaman daripada Allah :)
At last but not least, wasiat terakhir aku, dengarlah lagu ni. Menusuk kalbu jiwa and segala-segalanya rasa tertusuk. Sebak di dada mengalir air mata menangis tak terhingga. haha.

KataKata tulus ikhlas daripada AisyahAzman ::
Penghayatan apabila melihat sesuatu yang memberi pengajaran amat penting. Jangan tengok and dengar semata-mata, perlulah disilih ganti dengan penghayatan dan pemahaman agar kita dapat berfikiran lebih matang.

With love,
AisyahAzman

No comments:

Post a Comment

komen sini thanks dearies:)