Suka blog AisyahAzman?

Thursday, December 26, 2013

Kenapa hati menjadi keras?

//Assalamualaikum and hello guys\\

Hari ni eden ada tazkirah baru untuk semua.Tazkirah hari ni bertajuk kenapa hati menjadi keras? Persoalan yang terlintas dalam fikiran setiap umat islam maybe. Macam mana macam mana macam mana hati jadi keras? Tiba-tiba ke? Ada sebab tak? Eh, mestilah ada sebab. Takkan ada sesuatu perkara yang terjadi tanpa sebab tau. 

Jahil kalau seseorang itu mengaku dirinya sempurna. Kenapa? Sebab hakikatnya tiada siapa yang sempurna. Only Allah. Only Him! Ditegaskan bahawa Allah sahaja yang mempunyai kesempurnaan dan tiada siapa yang dapat menandinginya. Allahu. 

 Kawan-kawan, kadang-kadang kita tak sedar yang kita terlanjur bicara. Sebaik-baiknya, kita hendaklah kurangkan bercakap, lebihkan berzikir. Zikrullah. Mengingati Allah itu sungguh indah.

Lembutkanlah hatimu wahai awak awak awak awak dan awak serta saya juga kita. 

Anda semua tau tak, kalau kita cakap benda yang sia-sia and gelak tawa bagai nak gila, itu adalah passport yang Nabi bagi clear senang gila untuk berhati keras. Phewwwww, eden ni dahlah gelak tawa memang tak ingat dunia, kena ubah lepas ni. Lembutlah wahai hati. :)

For your information, kalau kat akhirat nanti kan kan kan, orang yang paling jauh gila gila gila dari Allah adalah orang yang hatinya keras. Takut tak takut tak? Ayat tu adalah antara petikan daripada hadith Riwayat At-Tarmizi. 

Tapi tapi dan tapi, ada penyelesaian untuk elakkan diri daripada hati menjadi keras. Ingat tau, berzikir adalah antara jalan mudah untuk melembutkan hati kita. Ingatlah Allah sentiasa walau kat mana pun kita berada. Tak kisahlah bila-bila masa sekalipun. Jangan sesekali kita alpa untuk mengingati Allah. Ingat tau korang ! 

Amalkanlah doa kat atas ni. Sebab doa ni adalah antara doa yang boleh melembutkan hati kita. Kalau kreatif, try buat rentak lagu-lagu bagi sedap sikit, sambil baca sambil goyang-goyangkan kepala ke kiri kanan. Barulah rasa terhibur sambil berdoa. Tak gitu ? hehe. 

Kesimpulannya, janganlah kita sesekali melupakan Pencipta kita okay? Okay to be continued tazkirah pendek akan datang. Korang nak tau? Akan datang eden post lagi. :)

KataKata tulus ikhlas daripada AisyahAzman ::
Hati yang keras dulu hingga sekarang tidak semestinya akan keras untuk selama-lamanya. 
Kita mampu mengubah ke arah yang lebih baik. Percaya pada diri. :)

Maaf andai terdapat sebarang kekurangan dalam tazkirah pendek AisyahAzman. 
Eden juga manusia biasa seperti awak awak awak and awak.
Sebarang penambahan untuk tazkirah amat dialu-alukan.
Sekian.

With love,
AisyahAzman




No comments:

Post a Comment

komen sini thanks dearies:)