Suka blog AisyahAzman?

Sunday, December 28, 2014

Asrama. Preparation plus pembaziran.

//Assalamualaikum and hello guys\\

Tatkala hujan rintik-rintik di luar, air pasang malam surut pukul 5, mak bagi seposen ayah bagi pelempang sebab asyik tadah tangan minta duit je. Lahai lahai. Bukan itu main pointnya. Sekadar muqaddimah acah-acah menyanyi senang hati kengkononnya! *sigh*

Now, straight to the point nak taip panjang-panjang biar berpinar mata orang yang tengah membaca ni. say hi! hehe.
Memandangkan sesi persekolahan bakal bermula tak lama lagi, nak tanya sikit kat adik-adik, how's your preparation? 
Thumbs up sikek pada adik-adik yang dah packing barang asrama siap masuk dalam kereta sekali. Ada ke? kehkeh. Before ni, aku pernah post pasal asrama kat SINI (klik kalau taktau and naktau penting ni penting ceh). And now, isu yang sama tapi kata kunci yang berlainan. euwww.

Aku nak cerita pasal usaha aku completekan barang-barang before balik hostel dedulu. 

First and foremost, aku buat list segala keperluan dan kehendak yang mesti aku miliki. Barulah boleh pulang ke asrama dengan hati yang girang. 
Ikut hati aku, tahun baru so barang semua messssti baru termasuk baldi and baju sekalipun! Ah persyaiton itu semua. Membaziaq! Tapi hakikatnya memang barang-barang asrama aku akan bertukar baru setiap tahun even yang lama boleh guna lagi. what the teruk beruk mangkuk girl? 

Kalau ada je yang aku tak dapat nak barukan, confirm muka aku macam hilang towel oren kesayangan sedih tahap maksima. 
Mak abah pula ikutkan aje kehendak aku. Sayang mak abah too much muah muah sikek! Agaknya anak last memang PENdesak kot. Tahu nya nak ada aje. mihmih. haifaif sikek siapa ada habit sebijik dengan aku!

Then, bila segala barang dah complete, barulah settlekan junkfood atau jajan nama kampungnya.
Okey, maggi dah, air kotak dah, gula-gula, roti inti, coklat Cadburry, nesvita, milo, susu pekat, gula pasir, roti potong and kaya, haa bisssekot belum!
Abahhhh...... bisssekot adik belum ada? muka kesian kalau aku buat memang win! pity me abah. hehe.

Yay! bisssekot dah *ejaan aku ikut sebutan baru nampak manja bluwek*. Baru complete.
Bak kata mak aku memang patut pun tidur dalam kelas. Bukan sebab gene mak memang kaki ngantuk dalam kelas tapi makan melebihi had, toksin berganda kolesterol tak terkira.
Korang pun mesti macam aku kan? huuuu. 

makanan harian aku dalam kelas. makan sampai ngantok! 

ni google je. takboleh challenge aku punya dedulu haha takdelah tapi level banyaknya macam lebih kurang dengan aku punya kehkeh.

ni pun antara kegemaran aku kat asrama!
Adik-adik, jangan contohi sikap hakak yang ''baik'' sangat ni tau. Nafsu tu nafsu. Sekolah untuk belajar bukan untuk makan okey! 
Aku ada sediakan which is DO'S and DONT'S untuk para penghuni asrama sekalian elakkan pembaziran yang over.

DO'S

1) List all things which are needed only. Wanted based on NAFSU are not allowed.
2) When you're going to market, bring your list to refer before buying. 
3) Straight to the part of things which are needed without turn left and right fuiyohhh!
4) Check price of things alertly first before taking them.
5) Please cross list after buying things so that you'll not confuse soon. Takut terbeli twice kang dah membazirunnnnn.

DONT'S

1) Follow over NAFSU to list what you want. want want want want! CANNOT!
2) Never make any list and just choose anything what you want without check it's price and never care. Syaitonnirrajim tepuk tangan nanti sebab ada konco baru.
3) Take jajan over kengkonon ngidam itu ini. Hoi please dont! 

At last, do you realize that yang DONT'S tu lah yang aku buat hahaha. 
Banyak lagi sebenarnya DO'S and DONT'S tapi almaklumlah aku macam blur pula tibatiba. 
Jangan ikut nafsu, nanti lesu lepu. 
Kang berpenyakit, baru menyesal memang susahlah. Prevention is better than cure gitu haa. 

Lastly........

saja nak bagitahu ni bisssssekot fav aku! siapa sama dengan aku haifaif sikek k Bye! 
With love,
AisyahAzman.

Saturday, December 27, 2014

Pulau Kapas. Snorkelling.

//Assalamualaikum and hello guys\\

Diving and snorkelling were so fun as i'd feeling one of them!
Aku ni bukan seorang manusia yang pro berenang. oho memang tidak.
Well. tengok laut dari jauh wahhh teruja betul macam teringin nak terjun dalam laut lajulaju.
But the reality is terjun kolam pon tak pernah. siapa se geng dengan aku? haifaif sikek!

Zaman sekolah dulukala, aku and kengkawan join trip ke Pulau Kapas ala last minute planning.
Kitorang diberi peluang, prefer nak snorkelling or just stay atas bot tengok others snorkelling.
And aku punyalah ghairah kemain bersungguh-sungguh nak snorkelling padahal berenang pon tak reti amende tah berangan nak snorkelling.
Mencuba tak salah right?

Two men who're responsible to guide us gave their instruction so that all of us MUST wear a life jacket per person before snorkelling. for safety katanya.

Then, lepas kitorang semua diyakini save agaknya, kitorang pon dilepaskan ''satu per satu''.
Splash! Splash! Splash! *bunyi satupersatu jatuh masuk air memang drama king sungguh*

Turn yang dinanti-nantikan aku. wuu eksaited!
aku pon melakukan penerjunan buat julung kali dengan bacaan bismillahirrahmanirrahim.
splash!

aku: tolong tolong tolong! takboleh nafas! air ni masin! haktuih! tolong! lemas!
guider: hei, awak tak lemaslah. jangan gelabah. tengok abang terjun tak pakai life jacket pon!

penat abang tu yakinkan yang aku selamat, aku still jugak yakin yang aku tengah lemas. adoi diri. bencik.
at last, kawan aku yang tarik aku balik bot.
just because of that urgent situation konon-kononnya, terus fobia dengan laut.
apegune life jacket melekat punyalah ketat?

Actually, snorkelling is the best one of activities as you can observe various ''things'' in water such as anak-anak ikan, dolphin, and nasib tak baik boleh jumpa the real of duyong or maybe..... dugong wo.

Definitely, Pulau Kapas has beautiful scenery babe!
uish laut jernih sungguh boleh nampak berapa kaki dalamnya air lahai trauma aku.
Takat cerita pasal keindahan laut sana sini kedebam kedebom bolehlah. haha.
Tapi serius aku tak tipu, sesiapa yang belum pernah snorkelling or diving kat Pulau Kapas, selamat mencuba kelak. In Shaa Allah takkan menyesal datang sana.

muka yakin sebelum meronta-ronta alahai pengecut rupanya aku haha.

ehem, yang pakai google kuning tu orang yang menaip ni. bukan nak kata apa lah. kesian kawan aku jadi mangsa kena tarik dengan aku. tak perasan pulak ada orang snap. malu tak sempat cover -,- jujur beno muka kalutnyaaa.

para perenang handal. rileks je. aku tak mampu kehkeh.

ada aku tak? mana eak? dah lemas? ke aku yang snap gambar ni eak? alahai.

air jernih! sumpah tak tipu!

aku belum pernah pergi pulau lain tapi akan pergi kelak. kelak k kelak.
so memang jakun gila ah bila dapat lemas dapat tengok ikan dapat bagi ikan makan kat Pulau Kapas ni.
Jakun?
Lah memang punnnn. haha.

Aku bersyukur sebab aku dapat menunjukkan kejantanan aku dengan melakukan penerjunan berani mati tapi masih diberi peluang bernafas hingga kini.
Baru aku tau macam mana terseksanya orang-orang yang mati lemas kat luar sana.
Allahu. Hamdallah.

With love,
AisyahAzman.


Thursday, December 25, 2014

Bila gigi dipagar. Bila braces digigi. #PartTwo

//Assalamualaikum and hello guys\\

Setelah berhari-hari tak update blog even blogwalking sekalipun, aku kembali dengan jiwa yang berkobar-kobar untuk meneruskan cerita pasai braces #PartTwo. Yaaa, sebagai perkongsian. 
Aku yakin ramai orang kat luar nun yang tengah buat research lagi details tentang pengalaman individu si braces user. 
And why not aku share pengalaman aku kan? 

Well, before ni, aku dah cerita sedikit sebanyak dalam INI (klik).
And, now i will story more and more about braces and i.

saje bagi engkoghang tengok gigi aku dari jauh je. kualiti kamera teruk hoi.

Awal-awal aku pakai braces, ramai kengkawan aku yang tegur ''eh kau dah pakai pagar!'', ''eh kau dah ada besi kat gigi!'', ''eh ada 'duit beribu' kat gigi kau!''. *deep*
Ada juga yang marah, perli dengan penuh sinisnya oh nasib baik aku penyabar. hehe.

Dugaan utama pakai braces adalah bila kita bercakap, nganga mulut je rasa wow awkward gila rasa macam ada penghalang rasa macam tergigit besi yang kental sungguh. *tatabahasa lemah*.
Haa, future braces user, bila pakai braces ni, hati kena tabah menghadapi hari-hari mendatang sebab air liur akan melimpah ruah berkumpul dalam mulut lepastu gulp!! automatik telan air liur sendiri dengan penuh keredhaan. lepastu sendawa kenyang telan air liur ekeke.

Pengalaman first aku pakai braces yang paling tak boleh bla bila aku bercakap dengan kawan aku, bukannya kawan aku dengar aku cerita tapi dia fokus kat gigi aku. Mata sampai naik juling.
Bila on the spot aku tutup mulut pakai tapak tangan aku, barulah dia terjaga dari ketermenungan dia menatap gigiku. *tatabahasa makin lemah*
Kongasam punya budak. tenung ayaq liuq aku kah? 

Atau bayang duit kat braces aku? 
'macam mana aku nak ragut braces dia ni? Kalau dapat, lepastu jual fuuuu boleh beli Sony Z3.' plan hati kecil kawan aku agaknyaa. Astaghfirullahal'aziim teruk tahap buruk sangka aku.
Atau kagum tengok gigiku bersinar?
Shine bright like a diamond!

Macam aku pakai braces yang straight line and 'available on off.'
Available on off yang aku maksudkan tu boleh cabut anytime. 
Agak agak boring je pakai braces, ha teruih pergi toilet bukak braces tu and keep it properly dalam satu tupperware khas kecil comel je (biasanya dentist yang baik bagi tupperware tu free). ceh..
Alaaa tempat letak gigi palsu atok atok kita tuuu. 

Tapi seelok-eloknya, pakai je lah elok-elok biar lekat kat gigi. Jangan gatai-gatai on off on off off off off on. Kang terlepas target dentist. Elok-elok dua tahun tempohnya kang tak pasal-pasal up ke empat tahun ish ish ish.

Available on off on off on off (aku punyaaa)
Tapi, tak semua braces user sama dengan aku. Contoh paling dekat, kak FL (Fatin Liyana) pakai braces yang lekat molek je kat gigi. 
Depends pada gigi kita jenis macam mana. kot. ehehe.

jenis ni dok static je kat gigi and doc yang tukarkan colour bila check up.

Cukuplah sampai sini coretan aku tentang pengalaman aku hokey!

Kalau ada sebarang pertanyaan, aku akan sambung dalam #PartThree sebagai respons kepada soalan engkoghang. (kalau ada)
By the way, happy reading! Sesiapa ada pengalaman macam aku meh share! 
got to go to sleep to hug my hunny bunny bear bear orange colour~ harini braces 'off'. Malas nak pakai oh buruk perangai.

With love,
AisyahAzman.






Thursday, December 11, 2014

Bila gigi dipagar. Bila braces digigi. #PartOne

//Assalamualaikum and hello guys\\

Hai lah jang oi. Terlintas di benak fikiran nak update pasal braces hari ni. Sebab aku juga adalah braces user. Ceh gitcheww.

source by ayah google.
Yes. Aku pakai braces since form 5 and sampai sekarang aku still pakai lagi. Means that dah dekat dua tahun juga dah aku pakai. 
Tujuan utama aku pakai braces disebabkan rasa tak puas hati dengan gigi sendiri. Pernah rasa sama macam aku? Kalau dok depan cermin, pusing muka kiri sikit, kanan sikit, ha sengeh pandang cermin kejap pastu rasa nak tutup mulut cepat cepat. Alhamdulillah semua tu anugerah Allah. 
Depends pada kita sama ada kita berjaya menjaga penampilan diri dengan baik atau sebaliknya.

Aku request braces kat mak abah bukan sebab nak  cantik semata, tapi sebab gigi kesayanganku tidak rata serta jarang jarang sedikit menyebabkan aku hilang keyakinan diri.
Before aku iktirafkan braces sebagai teman tidur dan jagaku, aku saaaaaangat susah bercakap dengan orang lagi lagi dengan orang yang kurang dikenali. 
Kadang kadang bila kengkawan buat lawak ketawa mengekek, aku cuma sebagai pemerhati yang macam hilang deria untuk detect joke stories. Haish teruk tahap teruk lagi teruk. Tapi kadangkadanglah. ehehe.

Then, aku memberanikan diri request nak pakai braces kat parents aku. 
Tipulah kalau mak abah give their permission teruihhh. 
Aku rasa macam kena interview dengan reporters profesional. 
Parents aku punya soalan punyalah gimik. 
Kenapa nak pakai tu sememangnya soalan utama parents aku laa kan. 
And last, mak abah give their permission. Alhamdulillah Ya Allah. 

Aku buat kat private clinic so agak cepat sikitlah settle kan.
And my braces is 2 in 1. Boleh buka and pasang anytime.
Normally, braces user akan pakai pattern yang lekat kekal kat gigi and colourful right?
Tapi pattern braces aku straight line aje.
Nanti entry akan datang, aku show off gambaq braces and aku. hehe.

Mula-mula pakai memang sakit gila. Rasa macam nak buang gigi masa tu jugak. Agak susah nak bercakap and mengunyah makanan.
Tapi, lama sikit dalam seminggu gitu, baru hidup aku kembali normal fuuu.
Bila bangun je dari tidur, rasa macam eh ada apa pulak dalam mulut ni adoi. 
Well, mula-mula pakai memang gitu.Penuh onak duri yang harus ditempuhi ceh.

But then, automatically, aku tak takut dah cakap depan orang ramai. 
Watlek watpeace watcool watdoyufil je aku lepas tu. Masa tu aku rasa berbaloi aku pakai braces sebab keyakinan dalam diri ni meningkat mendadak gitu haa. Ada hikmahnya mak abah bagi aku pakai braces.

Tempoh penggunaan braces adalah mengikut level gigi sama ada teruk atau still berada dalam keadaan ok.
Yang penting, sebelum kita buat apa apa pada gigi, please refer to dentist first.
They'll give their advise to you and inform how to settle your teeth's problem. 

Sampai sekarang, i'm still braces user and i'll continue my braces story soon. 

Adakah anda braces user? 
Lemme know your braces stories. 
Sharing is caring right? ekeke.

With love,
AisyahAzman.







Saturday, December 6, 2014

Masalah? Mengeluh?

//Assalamualaikum and hello guys\\

Astagfirullahal'aziim, mana ada orang yang takde masalah hui! (tetiba).

sumber uncle google bagi culik gambar dia.

Kamu kamu kamu dan kamu mesti pernah atau selalu sangat mengeluh bila ada masalah tak kira besaq kaaa keciq kaaaaa. kan? 
Tak pernah? Tipuk. 
Mesti seumur hidup paling minimum pun sekali dua lah pernah mengeluh when you having problems right?
Boleh caya ke sekali dua? Well, kita sesama manusia. 
Aku pun sama jugak macam engkoghang. Bila ada masalah selalu sangat mengeluh itu lah ini lah.

"Masalah datang tiba-tiba? Kenapa tiba-tiba?"
Bukan tiba-tiba, tapi kau yang jemput masalah tu datang. *sigh*

Pernah fikir tak hikmah kenapa kau dapat masalah yang berat sampai rasa macam diri kau memang tak larat dah nak tanggung beban masalah tu segala? 
Sedar atau tidak, Allah datangkan masalah besar atau kecil pada kita segalanya adalah berdasarkan kemampuan kita.

Kita kena ingat bahawa segala masalah yang datang mesti ada penyelesaiannya. 
Tak percaya?
Kalau kita sakit, apa penyelesaiannya? Ubat dan penawar serta usaha diistiqamahkan dengan doa diakhiri dengan tawakkal.
Kalau kita bergaduh, apa penyelesaiannya? Perbincangan dan perdamaian sesama kita.
Kalau kita mati? Itu bukan masalah tapi itu lumrah. setiap yang bernyawa pasti merasai. *deep*

Apa motif aku untuk entry ni? 
Oh sekadar perkongsian yang dapat memuhasabahkan diri bersama ceh gitu.

Fikir-fikirkan.......
And last, bila kita ada masalah je, apa kata kita monolog "alaaahai, kepelbagaian kehidupan kan meningkatkan kematangan, bak kata AisyahAzman variety is the spice of life, so chill''. Ceh ceh ceh. 
Jangan lupa ucap ''Alhamdulillah Allah bagi aku masalah, ada hikmah menanti In Shaa Allah.''
Mak selalu ingatkan aku macamtu tapi aku je selalu over benau mengeluh sampai lupa pesanan mak. Astaghfirullahal'aziim.
Istighfar istighfar istighfar jom :)



With love,
AisyahAzman.

Friday, December 5, 2014

Kenapa aku berblogging?

//Assalamualaikum and hello guys\\

Salam Sayyidul Ayyam alls. Yes, Jumaat penghulu segala hari.
And now, straight to my topic which is kenapa aku berblogging?
Kenapa eak? eak eak eak eak (trend orang johor) ?

muka tak ready memang gini lewww.
Actually, before this dah dua tiga kali dah aku buat blog. So memang tahu dah serba sedikit pasal dunia blogging ni. Tapi blog blog sebelum ni semua bermasalah. Buat hal dengan aku ceh.
And last, this is my latest blog until forever after ecewah over betul.

Aku hantu keyboard. Yes. Keyboard warrior. Yes. Hantu coretan. Segala hantu alam maya. 
Aku tidak mengejar populariti mahupun mencari publisiti murahan. Itu semua bukan niat aku.
Tapi minat. Minat dan minat.
Sebab tu lah blog aku entah apa-apa macam tak terjaga gitu haa.

Aku bukan budak sastera yang suka berpuitis bermadah pujangga ayat berbunga-bunga wo boleh bla dengan semua tu. 
Aku cuma minat mencoret dan meluahkan rasa by typing. 
Means that, aku ni suka mengarang dan menaip selaju mungkin. Tapi tak suka menulis. mihmih.

Moreover, aku ni adalah student STPM 2013-2014 SMKA Segamat, Johor. Baru end up sesi persekolahan haritu. Kononkonon boring dok makan tidur makan tidur makan tidur sampai pening, tu yang aku pun mengaktifkan diri dalam dunia blogging. Boleh tambah kawan ye idok? 
Lagipun aku ni suka baca ceritacerita bloggers. Satu kepuasan bagi aku haa gitu.

Cukup sekadar di sini ah. Apa kata korang share pulak kenapa korang menjerumuskan diri dalam dunia blogging? (ayat BM failed)
Share lewww.Share lewww. 
With love,
AisyahAzman.

Thursday, December 4, 2014

Kita Syabab Islam!

//Assalamualaikum and hello guys\\

Hye December!

Last month of 2014 gitchewww. Lepas ni masuk tahun baru dah. 2015. 
Wah macam baru semalam aku daftar tadika. Rupa-rupanya dah nak masuk 20 tahun. 
I dont believe it! Sedih serius sedih tak tipu ni. Tahun ni bulan ni last aku ada angka 1 kat depan. Next year buka buku baru dah masuk 20-an. Mimpi apakah aku?!!


Oh please lah wake up wahai diri.
Kengkawan yang sebaya aku, hai hai hai dan hai.
Kamu percaya tak yang tahun depan kamu 20 tahun. Bukan 20 bulan bukan 20 hari beb.
But all of us must step forward.
Ketentuan Allah segalanya. Masa cepat berlalu? Ya, memang masa semakin pantas berlalu meninggalkan kita dan kenangan.
Sedarlah wahai diri serta sahabat handai mahupun pembaca (kalau ada), semakin meningkat usia kita, semakin matanglah pemikiran kita dalam apa jua tindakan yang kita lakukan.

Wahai remaja remaja di luar, apa yang kita dah buat kat muka bumi ni sepanjang kehidupan kita selama 20 tahun?
Sedangkan Sultan Muhammad Al-Fatih sahaja sudah hampir menakluki Constantinople.
Sedangkan Arwah Ahmad Ammar sahaja sudah pergi meninggalkan dunia dalam syahid fi sabilillah.
Sedangkan Arwah Siti Hajar yang baru meninggal dunia tahun 2013 ketika berusia 20-an sahaja pergi meninggalkan dunia dalam keadaan tenang.
Bagaimana kita?

Haa umur dah 20-an kan, jom kita renungkan kita fikirkan kita dalami segala apa ringkasan yang aku katakan.
Sememangnya coretan aku terlalu ringkas namun mungkin terselit sedikit kesedaran dalam diri kita semua terutamanya aku sebagai penulis yang tiada apa-apa. TIADA APA-APA.

Allahu.
Berilah kematangan fikiran pada kami terutama remaja generasi Dinul Islam di muka bumi ini agar lebih berfikiran terbuka dan mampu berusaha ke arah redhaMu.
Moga Allah redha.

Cukup tazkirah ringkas yang mungkin hanya terdapat satu point yang boleh dihayati bersama.
Aku bukan pendakwah bebas mahupun ustazah, tapi aku manusia biasa yang gemar meluahkan dalam coretan.

Kita apa ?!!!
Syababul Islam!!!!
*Mari kita laungkan depan laptop/komputer*



Syabab = Remaja.
Dinul = Agama

With love,
AisyahAzman.

Wednesday, December 3, 2014

Sharing is caring.

//Assalamualaikum and hello guys\\

Aku pernah cerita macam mana aku dan Ayie jumpa kat SINI.
So aku nak sambung selanjutnya.
Dari dulu sampai sekarang, everysingle thing kitorang akan share. 
Even pasal harini makan apa, sekarang tengah buat apa, kejap lagi nak pergi mana and others. Kitorang duadua anak bongsu so matured macam mana pun pemikiran, still ada sifat kebongsuan terselit dalam diri gitu kan. Kerja nak mengadu aje masingmasing. Hehe. Yelah, nak ngadu kat abang kakak masing masing ada keluarga sendiri dah.


Well, kaki report dalam segala hal even sekecil kecil masalah confirmlah aku. Kenapa eak? Bila aku fikir fikir and terus fikir baru aku faham kenapa aku suka cerita segala masalah kat Ayie. Sebab utama adalah he is the best listener. Siapa lah yang tak selesa bila ada masalah tengah feeling down habis cerita beriya iya and listener tu focus betul betul dengar cerita kau. Masalah aku yang dah dua tiga tahun lepas yang aku dah lupa pun In Shaa Allah Ayie still boleh ingat lagi. Nampak tak bahawasanya Ayie ni bukan jenis orang yang take easy dalam segala hal. 

Bagi kitorang, apa jua masalah yang patut diceritakan, lebih baik share daripada berdiam diri dan pendam sorangsorang. Kitorang masingmasing ada bestfriends forever after and so on but generally, alls have their own problems right? Dalam per''sahabat''an baru je hampir 4 tahun, segala masalah memang dikongsi. Especially, pasal kerja, pasal belajar, pasal kawan, pasal diri. Sahabat sejati ada masa susah senang kita and he is my father, brother and bestfriend. 

Kata orang, nak pilih pasangan biar sekufu. Ada betulnya jugak sebab bila sekufu, In Shaa Allah takde masalah pasal cita rasa. Lagi-lagi bila keluar, nak pilih port makan senang, kedai mamak tepi jalan pun layan. Ada certain orang jenis high taste memilih bab makan lebih kepada high class restaurant such as Old Town White Coffee, Secret Recipe and others tapi kitorang? Agak-agak tekak ni gatal nak makan kat tempat-tempat macamtu, baru lah pergi. Sekali sekala takde masalah kan? Pulaknya duadua tekak kampung. Bila lunch ke apa, kalau boleh cari nasi campur je sampai jumpa. Agak-agak takde baru gigihkan tekak makan mee ke, tomyam ke, fast food ke.

Orang kata anak bongsu tak boleh dengan anak bongsu. Tak sesuai. Siapa kata? Hish, dalam istilah kamus hidup aku, ayat tu tak betul. Rasa suka, sayang, cinta tu semua fitrah semulajadi. Tak kira daripada siapa kepada siapa. Kalau dalam relation duadua anak bongsu macam aku and Ayie, confirm salah seorang akan lebih matang. Tak percaya? Nanti kau akan jumpa. mihmih. Kadangkadang someone sayang his/her lover bukan dari perkataan tapi perbuatan.

Contohnya, satu hari, aku ni angin apa entah ngidam nak makan pisang goreng cheese. Tekak ni memang rasa gatalnya nak makanan tu. On the spot, ngada ngada aku sampai, terus report kat Ayie. Tang tu jugak, keluar pergi cari pisang goreng cheese samasama kat gerai makcik pisang goreng. Tiba-tiba gerai tu closed! Ralat betul aku sampai menangis nangis nak benda tu. Buruk perangai. Hai lah terang dah bongsu nyaa. Then, hari lain kitorang keluar, kebetulan aku nak pergi bank and Ayie ada hal dekat dekat situ so he let me alone. Lama aku tunggu Ayie datang ambil aku. Bila dia ambil aku semula, guess what kat seat sebelah driver?
He bought pisang goreng cheese for me! Melompat aku suka benau. Yelah, apa yang kita nak dapat. Lagilagi makanan yang kita idam idamkan. Rasa macam whoa heaven betul. Dua bekas lagi hamekau. Terus grab bekas tu bukak and makan! 


And now, dah tak kempunan pisang goreng cheese dah! ehehe.

With love,
AisyahAzman.


Tuesday, December 2, 2014

Asrama. Rindunyaaa.

//Assalamualaikum and hello guys\\

Sempat lagi kot nak cakap Welcome December!

Sedar atau tidak adik adik dah nak naik sekolah dah.
Tahniah! 

Dedulu aku kemain malas bila dah tau nak naik sekolah ni. 
Lagi-lagi stay at hostel. 
Fuh lagi tak boleh kata apa. Malas mendadak terus level paling high.
Nak kena kemas itu ini make sure semua cukup kalau tak nanti mak marah sebab dekat sploh kali ulang alik beli barang itu ini. Dari form one sampai ke form six, tu lah habit aku.
Tapi itu dulu. Lagi sekali ulang, DULU.

Keadaan katil aku masa kat asrama. Oren semuanya? Sebab memang favourite aku. Rindu.
Cepatnya masa berlalu. 
Aku rindu asrama. Aku rindu. Aku rindu. 
Akak abang adik adik yang pernah stay at hostel confirm dapat rasa apa yang aku rasa.
Walau hati keras macam mana sekali pun confirm ada rasa 0.01% paling minima rindu asrama.

Adik adik yang bakal masuk asrama/hostel atau nickname HOSTJAIL disebabkan tawaran or kerelaan, jangan gerun atau takut dengan asrama hokey?
Kadangkadang ada certain budak yang takut nak masuk asrama sebab buli, hantu, buli, hantu, buli, hantu. 
Well, itu isu normal. 
But do you realize that hostel banyak gila moment indah yang akan korang ingat selagi korang tak ditakdirkan nyanyuk.

Jangan pernah menyesal stay at hostel. As you can learn everysingle thing. especially about BERDIKARI.

Daripada kau tak pandai basuh baju manual (guna tenaga dan tangan) sambil nyanyi lagu mewangi, kau akan jadikan tu hobi kau bila kau stay at hostel.

Daripada kau tak pandai iron baju sendiri, kau akan iron baju sampai terbakar segala bila kau stay at hostel. And kau akan belajar bahawasanya tracksuit pun kena iron.

Daripada kau tak pandai string kan cadar sampai semut lalu pun kau tepis, kau akan pandai string kan cadar sampai hati kau berkobar kobar rasa nak string kan cadar katil sebelah kalau berselerak bila kau stay at hostel.

Daripada kau tak pandai jaga diri sendiri bila kau sakit segala, kau akan rasa macam mana nak uruskan diri time kau sakit bila kau stay at hostel.

Daripada kau tak pernah nampak orang yang kena histeria, In Shaa Allah kau akan nampak orang tu meronta ronta histeria lagi best dia tatap mata kau sambil jerit jerit hehe. 

Banyak lagi sebenarnya kelebihan bila stay at hostel. Nak tau lagi? Stay lah at hostel. Banyak benda baru yang kau akan belajar. Kau akan pro dalam segala hal. Atau kau akan rasa acah acah pro dalam segala kerja. Itu perkara biasa.
Till then. Ni basic story je. Nanti aku sambung lagi. :)

With Love,
AisyahAzman.




Thursday, November 20, 2014

Matlamat hidup apaaa?

//Assalamualaikum and hello guys\\

filter hiks.

Korang pernah terfikir kenapa kita kena belajar beriya iya bermati matian sampai berjaya?
Kenapa kenapa kenapa? 
Aku tau apa sebabnya!

-''mama papa bangga ada anak macam kamu. cantik bijak pulak tu.''

-''bolehlah kamu balas jasa mummy daddy bila dah dapat kerja bagus nanti.''

-''dapat kerja bagus senanglah kau bayar hutang segala nanti.''

-bila makcik makcik kat kampung tanya ''anak kau kerja apa?'' 
mak slumber jawab dengan bangga ''bakal ketua bank negara". amboi. memudahkan mak abah jawab soalan sekampung dengan slumber sokmo.

But!!!!!!!!!!!

Bila failed or tak dapat masuk u?!!!!!!

-''apa kau buat masa sekolah dulu ha?!''

-''cemane nak bayar hutang PTPTPTPTPTN kamu ni?!''

-''apa mak nak jawab kalau orang kampung sebelah tanya apa lulusan kau?''


Cikgu aku pernah cerita pasal kawan dia. sila teliti and muhasabah muhasarawak diri k?

''Dulu saya ada sorang kawan. kenapa dulu? sebab dia dah meninggal lama dah. Arwah bijak sepanjang saya kenal dia. Dia antara pelajar cemerlang sekolah. Lepas SPM, dia dapat offer belajar jauh tambahan lagi dengan kos yang awesome. and guess what kalau tak silap saya, dia dapat full scholarship. Tapi, dia reject semua offer. Dia reject U mentah mentah. Kesian U tu. Bila saya tanya kenapa reject peluang yang ada depan mata? Dia just senyum and jawab dengan tenang yang dia taknak tinggalkan kampung. Mak dia sakit. Abang kakak dah kahwin. Dia ingatkan saya yang rezeki datang dari Allah. Dia berkeras untuk jaga lembu-lembu arwah ayahnya daripada terpaksa pergi jauh untuk belajar and tinggalkan maknya yang terlantar sakit. Nekad seorang anak soleh and hamba yang mengingati kekuasaanNya.

One day, saya bergegas balik kampung bila mak saya call to inform me that kawan yang saya kagumi dah meninggal dunia dek kena sambar kilat masa dia bawak lembunya carik rumput. Saya tergamam.  Taaaaapi! Bila saya tengok wajah arwah untuk kali terakhir, arwah dalam keadaan senyum. Wajahnya bersih tiada sikit pun kecederaan sedangkan lembu dalam jagaannya rentung satu badan. Arwah cuma terbakar pada bahagian kepala je sikit. Semua orang pelik jadi kenapa macamtu. Bagaikan satu keajaiban. Menurut seorang pakcik penggembala kambing, harihari dia nampak arwah duduk kat bawah pokok baca Al-Quran sementara tunggu lembunya makan. Baru saya faham kenapa arwah meninggal dalam keadaan macamtu.''
-kisah benar-

Korang paham tak point dalam cerita aku tu? 
Conclusionnya, jangan letakkan kejayaan dalam akademik sebagai matlamat hidup kita. 
Aku tak paham kenapa ramai parents yang push anak belajar sampai anak tak rasa kemerdekaan dalam diri langsung. Lagi aku tak paham bila parents marah anak habis-habisan semata mata tak dapat 5A dalam UPSR, 9A dalam PMR, 11A dalam SPM? Tak logik kan? Adoyai

Matlamat utama hidup kita kat dunia ni pasai paaa? Allah tetapkan yang kita waaaajib beribadah kepada Allah! Apa yang terjadi baik atau buruk kita kena fikir ada hikmah tersirat yang menanti. Jangan pernah mengeluh k uolss. Jom kita dok bersila tutup mata fikir apa tujuan hidup sebenar kat dunia ni. Cerita ni bukan cerita semata mata tapi untuk difahami dan dihayati. Untuk para pembaca and aku jugak. :)

With love,
AisyahAzman.





1st Segmen Blogwalking by Cik Ash

//Assalamualaikum and hello guys\\

meh meh meh join segmen blogwalking by Cik Ash. :)
boleh tambah kenalan sambil eratkan silaturrahim bersama.
terbuka kepada semua blogger.

klik banner bawah ni tau.




With love,
AisyahAzman







Friday, November 7, 2014

Examination

//Assalamualaikum and hello guys\\

well well well well well *cough*
apa yang well? 
examination make me feeling well. maybe. kot.

bukti feeling well sangat lah ni kan? 

i knew that sekarang ramai student tengah struggle final exam including adik adik PT3 yang baru merdeka kononkononnya, adik adik SPM jangan pecah kepala sudah, kengkawan sebaya STPM ceh aku perasan macam dah habis sekolah and tak lupa akak abang yang hambik asasi dipl degree sewaktu dengannya. 

actually, of course aku nak say good luck for all of you yang dok struggle belajar sokmo 24 hours 7 days. good good good. keep it up!
but please avoid yourself from pressure too much. 

pernah dengar cerita budak tengah jawab exam tibatiba muntah muntah? 
haaa yg over dari tu pon ada kan?
confidently, aku rasa siapa yang muntah masa exam tu mesti muntahkan segala bacaan hafalan dia semula kan kan kan eh? oh pity them. 

so, dont torture yourself and just be relax cool chill smile and take a selfie maybe? 
sebab depan kamera je kita boleh sengeh senyum alahai macam bahagia padahal dalam hati debar nak exam Allah je tau. am i right?

and last, bila dah usaha mesti dilapisi berlapis lapis dengan doa doa doa. then tawakkaltu 'alallah. yang penting istiqamah. 
In Shaa Allah sesungguhnya Dia Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. :)


banyak cara nak tenangkan diri. antaranya menari tapi bukan kat public macam ni. -,-

With love,
AisyahAzman

Thursday, November 6, 2014

Tips bila feeling down.

//Assalamualaikum and hello guys\\

So how today?

Feeling down? 
Bencik. 
Memang benci kalau rasa down. 
Rasa macam nak tarik rambut Rapunzel sampai berguguran.

Pernah rasa? 
Tak?
Tipuuuk.

tenangnya touch up depan khalayak ramai wo -,-


iols ada tips kalau kita rasa down, stress, depress, tension apa tindakan yang kita patut buat on the spot.

We're muslimin muslimat right? 
So be matured k guys? 
Thinking before doing something.

1) Bila rasa stress, pejam mata lama lama tarik nafas dalam dalam be cool.

2) Ucap Astaghfirullahal'aziim seberapa banyak selagi mampu sambil lari masuk bilik air ambil wudhu'.

3) Pergi capai Al-Quran / Al-Ma'thurat / Manzil, then baca ayat ayat Al-Quran agar diri rasa cool even for a little bit.

4) Baca Surah Ar-Rahman confirm tenang serius tak tipu. Sebab iols dah rasa tenang gila lepas baca.

5) Baca surah Al-Fatihah berulang ulang kali dengan tenang khusyuk tawaddhuk. 

In Shaa Allah uols gerenti akan rasa wow happy tibatiba rasa macam nak terkinja kinja. 
Ketenangan akan sentiasa dirasai kalau kita ingat ingat ingat dan ingat Allah sesungguhnya hanya Dia Yang Maha Mengetahui Maha Berkuasa Maha Pemurah lagi Penyayang. 

Sekian. Short tazkirah. Ada apa apa tambahan lain? Komen k komen. ehe.
Tidur dulu jazakallahu kheyr. 
With love,
AisyahAzman.


Friday, October 17, 2014

Lughatul Arabiah Lughatul Quran Lughatul Jannah!

//Assalamualaikum and hello guys\\

say cheese! 

Exactly Lughatul Arabiah Lughatul Quran Lughatul Jannah. 
Aku post entry ni as aku pelik kenapa major said that ::

''Arab susah! Taknak belajar Arab! Bencik!''
atau
''Apa seh. Kalau belajar arab seploh tahun pun belum tentu petah cakap arab.''
atau
''Taknak belajar arab sebab tak suka lah! Tak paham ke?''

Hei hei hei guys.
I want to talk to you strictly that if you belajar arab, you'll feel that arab is better than bahasa melayu.
In Shaa Allah sebab aku rasa macam tu.
Dedulu masa form 1, aku dipaksa masuk kelas KAA (Kelas Aliran Agama yang ada kat certain SMK) and sememangnya wajib belajar arab. 
WAJIB tau bukan selektif. 
And aku rasa macam apehal cikgu tentukan hidup saya?! Cikgu tau tak saya ni mengaji pun belum tentu faham maksud maksud ayat! *hentak kaki protes*

And my mum said, ''pergilah masuk kelas arab. mana tau nanti boleh speaking arab."
Betullah kata kata mak memang In Shaa Allah yang paling terbaik. 
And aku turuti apa yang mak nak. 

Bila aku stay kelas arab masa form 1 setahun, well i like it! Arab is the best subject for me!
Nak kahwin dengan mat arab! *over thinking*
Sampai sekarang, aku adalah seorang form 6 student at SMK Agama Segamat Johor and aku memang nekad tetap nak further Arab sampai sekarang eventho Arab Tinggi complicated sikit. 
Tapi, apadahal, kau kerja keras kau dapatlah hasilnya!
Bak pepatah arab berbunyi begini, Man Jadda wajada waman zara'a hasada. 

So, aku nak seru kat engkoghang yang belajar arab best! *tadi tu muqaddimah wow*

Advantages if uolls belajar Bahasa Arab::

#Bila baca Al-Quran automatically tengok je ayat tu In Shaa Allah boleh catch up terus maksud ayat even for a little bit.

#Lagi best sikit ah, bila bagi tazkirah ke motivasi ke or any talk, boleh selitkan satu dua kalimah arab yang kauorang tau. And others yang dengar pun akan ingat kalimah tu In Shaa Allah. 

#Ramai orang kata yang Bahasa Arab tu indah, unik and so on. Well, bahasa syurga right?

#Kalau rasa boring cakap jawa, melayu je tak sudah, boleh tukar angin cakap arab bila bila masa je as memang dah tau cakap even gagagagap. 

#If geram dengan kawan kau, boleh lah ngumpat dia dalam bahasa arab. kahkah itu jangan diamalkan. 

Cukuplah lima advantages. Allah suka nombor ganjil ni. haha. 
Conclusion?
Rebutlah cepat cepat belajar Arab. 
Belom terlambat lagi dearies. 
Meh meh meh. Arab is the best one subject! 






cukup kot gambarsss. alls time form 6 at SMK Agama Segamat Johor.

With love,
AisyahAzman.

Friday, September 19, 2014

Tasly. Produk terunggul di dunia!

//Assalamualaikum and hello guys\\

Pernah dengar pasal produk Tasly? Tak pernah? Sebab produk tu belom femes macam Dherbs, Shaklee, Herbalife and yang sewaktu dengannya. Gitew ayat haku. 

Meh aku ceghita sikit kat koghang. Tasly ni produk pembersihan salur darah yang terunggul kat dunia kau tauuu? Alaaa, kot salur darah kita kotor kan, kira Tasly boleh sangat membantu membersihkan semula kekotoran yang ada kat darah kita heee. Cenggitu la bahasa mudahnya.



Ce perati betul betul main function salah satu produk Tasly ni.

Tasly ni antara produk kesihatan terbaik masa kini for the truth. Maybe major of us still taktahu yang produk ni 100% dari herba semula jadi. 
Besides, Tasly products can solve any sickness eventhough yang kronik such as::
-hypertension
-heart attack
-diabetes
-stroke and others.

Lebih meyakinkan bila Tasly ni diiktiraf oleh Lembaga Kesihatan Dunia (FDA) dan doktor-doktor pakar dunia. Tak perlu risau as Tasly tiada sebarang kesan sampingan yang bagi impak negatif kepada pengguna tegar sekalipun. Produk ni juga dijamin bebas dadah atau campuran yang meragukan anda. Dijamin halal oleh JAKIM. Dijamin okey!

And whoever yang berminat dengan Tasly akan dapat medical check up free of charge untuk mengesan penyakit apa yang anda ada secara "LIVE" dengan teknologi moden dan penerangan bagi menyelesaikan penyakit yang anda ada tu. Kalau anda pergi private hospital, confirm anda kena charge RM500++. Special sangatlah Tasly ni sebab free medical check up.






Fefeeling belajar Biology form 5 kat sekolah pulak. 
So apaaa tunggu lagi? Still ragu ragu anda semua boleh buat reseach SINI and anda akan tahu kebenarannya.
For more information, you can contact HIM. Beliau adalah antara pengedar Tasly di kawasan tertentu dan sangat mengetahui segala maklumat tentang produk tersebut.
Sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa. Cuba mai cubaaaa! Terbukti berkesan!

KataKata Tulus Ikhlas dari AisyahAzman ::
Setiap penyakit ada penawarnya melainkan mati.
If Allah wills it, every sickness has their own pure.
With love,
AisyahAzman.