Suka blog AisyahAzman?

Thursday, January 30, 2014

Teruja! UKM Bangi, akhirnyaaa!

//Assalamualaikum and hello guys\\

Salam Satu Malaysia Satu Dunia. How today? All is well? Good answer. >.<

Today I want to tell all of you about UKM. Why UKM? Why and why??????!!!!
Because................... tu je Universiti yang aku dah terokai 1/4 gituuuu. Almaklum tak pernah pergi mana-mana Universiti as aku memang tak pernah pergi. Eh ayat aku? -.-

What is UKM? UKM is Universiti Kebangsaan Malaysia. 
Where is location of UKM? UKM dekat Bangi, Selangor deh. 
Kakak abang makcik pakcik kat UKM, apa perasaan sepanjang keberadaan anda di sana selama bertahun-tahun lamanya? Mesti best gila gila gila kan? If not, why why and why? 


Well, aku ni kan student sekolah yang tak pernah ke mana-mana. So, agak jakun sikit bila dapat menjejakkan kaki ke Universiti. Eventhough only for a few hours. So teruk right? hehe.

Sampai je UKM, lepas dengar taklimat seribu dua ribu patah kata hingga tertidur tanpa sedar, pihak UKM pon bawa kami kami si kanak kanak riang ria pergi tempat ni. Muzium Warisan Akademik UKM. 

Masuk muzium terus ambil gambar dengan selambanya tanpa mengendahkan manusia sekeliling. 
Bravo Bravo. Tudung gegot herot berot ? Abaikan. Tak heran dah. haha. This is me and cokmar. What is cokmar? Taktau lah. Akak abang UKM or anybody yang tahu pasal cokmar, can you give your explaination about 'cokmar' to me and others?

Letter Rock. eh Letter Stone. eh ? Batu bersurat and aku. Beriya sungguh sungguh. Muka ku sudah penuh minyak wuiiii


Sungguh kami happy sepanjang di UKM. Terserlah kegembiraan kami. wuuuuu. 

Last but not least, spot the differences ! Siapa jumpa lebih 10 perbezaan, aku bagi coklat. Serius Talk. Deal? haha.

KataKata tulus ikhlas daripada AisyahAzman ::
Aku nak masuk UKM, nak masuk UKM, nak masuk UKM (sila repeat 44 kali). 
In Shaa Allah, malam nanti masuklah UKM dalam mimpi awak awak awak. erk? 
*sekadar gurauan. sorry*
With love,
AisyahAzman.



Tuesday, January 21, 2014

Perubahan mengambil masa?

//Assalamualaikum and hello guys\\

Exactly right! Perubahan mengambil masa. Masa yang kita kena lalui dengan pelbagai rintangan, halangan dan dugaan. Begitulah aku si insan biasa yang konon-konon berangan ingin menjadi luar biasa. Hakikatnya, aku insan yang double triple lemah dan sungguh lemah. Kekuatan aku adalah dorongan. Dorongan? Yes, dorongan daripada kau kau kau dan kau. You are my supporter! Siapa? Kakak abang adik pakcik makcik yang membaca entry ni lah supporter Aisyah. :) 

Maaf atas penggunaan 'Aku' bagi orang yang lebih tua. Lebih selesa menggunakan kata ganti nama tu. Sempoi gitu. 

Aku ingin berubah. Berubah ke arah kebaikan dan ingin melakukan segala pekerjaan yang mendapat keredhaanNYA. Namun begitu, kuatkah aku? Kuatkah dan kuattttttt kah? Eventhough aku student aliran agama since Form1 until now (Form6 Upper) yang dipenuhi dengan kepelbagaian tazkirah sana sini atas bawah depan belakang, taaaaaaapi aku jarang mempraktikkan segalanya. Jarang sekali. Aku just buat perkara yang wajib every second, every minute, every day and buat yang sunat or harus or etc tatkala aku sungguh-sungguh-sungguh rajin. Nampak tak betapa kerdilnya insan ini. 

Sungguh! Sesuatu telah mengajarku erti perubahan. Perubahan mendekatkan diri aku kepadaNYA. Hanya kerana sebuah Al-Quran. Sebelum-sebelum ni, aku baca Al-Quran as usually tapi I get nothing. Suatu maghrib, sesudahnya aku baca Al-Quran, aku peluk Al-Quran macam biasa, aku rasa kelainan. Kelainan apakah? Hati kentalku berdebau-debau, my tears ? Menangis tak sudah ? Why ? Why ? Why ? 

Starting from that, aku nekad. Nekad ingin berubah. Yes, perubahan memakan masa. So, aku berazam ingin mempraktikkan segala apa ilmu agama yang telah dipelajari. Kental lah wahai hati. For the first thing that I want to do is about Aurat. Not tudung, not stoking, not baju besar. But all about Aurat. Before this, cukup aku menutup kepala, pakai baju besar-besar. Taaapi, aku silap. Aku tidak menutup kakiku, aku tidak menjaga pergelangan tanganku. Itulah yang paling utama untuk ditutup sebenarnya. Bagiku, tiada guna aku mengenakan baju muslimah tetapi tidak menutup aurat yang paling utama (pergelangan tangan and kaki). Aku risau. Risau hatiku goyah. Bantulah aku Ya Allah. 

Inginku meminta nasihat daripada awak awak awak awak dan awak. Bantuku. Ingatkan aku tentang kewajipan yang wajib aku laksanakan. Sungguh aku takut aku berubah kembali seperti dulukala masa zaman gilagila yang leka sentiasa. Allahu. 

KataKata tulus ikhlas daripada AisyahAzman ::
Aku memerlukan nasihat, tazkirah dan tarbiyyah tanpa henti.
Aku memerlukan supporters.
Aku memerlukan kekuatan. 
Aku memerlukan peringatan from whoever. 


With love,
AisyahAzman

Saturday, January 18, 2014

Pensel dan kehidupan

//Assalamualaikum and hello guys\\

Today, aku nak berceloteh pasai Pensel. Eh? Pensel? Apekehe nyaaa dengan pensel? Tibatiba je. 
Yeah, meh scroll down lagi lagi lagi dan lagi. 
Korang tau tak, pensel pun ada kaitan dengan realiti hidup kita tau. So, dont put a pencil under your leg please ! yeah! 

Jangan pandang rendah pada sebatang pensel tautautau. 
Kita tengok apa kelebihan yang sememangnya ada kaitan antara pensel dengan manusia okey geng.
Meh kita selongkar yang tersurat di sebalik yang tersirat.

1) Kesilapan menulis = Kesedaran
--> Lumrahlah bila kita tulis tulis dan beriya menulis tibatiba alamak ! Wrong wrong ! Salah dan salah. Padam balik dari A sampai Z kesalahan tu. 
-->Manusia pula, kalau ada kesalahan atau sejarah silam yang buruk belaka, perbaiki balik. Then, kita akan sentiasa ada di jalan yang benar gituuu. Past is Past. Starting the newest. :)

2) Ketajaman pensel = Keberanian
--> Tengah syiok menulis sampai 5 6 muka surat, tak sedar pula dah mata pensel tu naik tumpul. Pensel tu makin pendek. Sedih dia. Bila kita sharp it, whoa tajam gilossss ! 
--> Manusia pula, kena berani terima penderitaan and kesusahan sebab derita and susah yang akan tolong kita jadi lebih baik wo ! 

3) Nota untuk diingati = Peringatan
--> Adik-adik sekolah rendah biasa buat benda ni. Cikgu bagi nota, adik salin nota cikgu. Kenapa? Sebab takut lupa nanti kan kan kan? Ke kau takut cikgu ketuk tangan kau kalau kau tak salin nota yang cikgu bagi? 
--> Jangan pernah lupa, ada tangan yang membimbing kita dalam hidup ni. Tuhan membimbing kita mengikut kehendakNYA. 

4) Bahagian yang paling penting = Sikap
--> Bahagian luar tak penting pun, melainkan arang yang dalam tu ha kan. Sebab arang tu lah yang menghasilkan kesan bila kita menulis. 
--> So, hati-hati tau adik kakak abang pakcik makcik atok nenek. Sedarilah kita ni luar cantik, dalam macam mana? 

5) Kesan lepas dipadam = Sejarah
--> Salah ! Padam lagi padam lagi padam lagi. Okey dah clear. Eh? Ada kesan tulisan tadi ! Adoi ! Nampak ke tak eak kesannya?
--> Kita kena sedar apapun yang kita buat akan tinggalkan kesan tautau. Ha, apa lagi, hati-hati and sedarlah dalam setiap tindakan yang kita akan buat. 

Katakata tulus ikhlas daripada AisyahAzman ::
Dont judge a book by its cover. 
Dont think clear water have nothing which is dangerous.
Lumrah kehidupan itu normal things. 
With love, 
AisyahAzman

Friday, January 17, 2014

Selamat Tahun Baru 2014, Salam Maulidur Rasul :)

//Assalamualaikum and hello guys\\

Hai hai hai dan haiiiiiii.
Aku rasa belum terlambat lagi nak wish Salam Maulidur Rasul bagi seluruh Muslimin Muslimat seantero dunia and Selamat Tahun Baru 2014 bagi seluruh makhluk di muka bumi ciptaan Ilahi ni. 
Hopefully, banyak keberkatan yang dapat kita peroleh sepanjang tahun ni. :)

Muka penuh keazaman tahun baru ececeh. haha. Jubah Kaftan  Butik First Lady


Olehsebab terlampau melampau sibuknya, aku sangat bersyukur ke hadrat Ilahi sebab masih diberi peluang join Sambutan Maulidur Rasul di Masjid Jamek Labis, Segamat, Johor tahun 2014 ni. Terasa kemeriahannya Oh ! 

Sambil dengar ceramah. Asal boleh lah kawan. hehe. Aku kehijauan kepucukan kepisangan. 
Gambar lain rejected ceh. 



In a light colour on that day. Baju Kurung Butik Rasa Sayang.

KataKata tulus ikhlas daripada AisyahAzman ::
Jangan lupa selawat kepada Rasulullah S.A.W selalu.
Even sibuk macam mana pun, ingatlah pada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhammad.
With love,
AisyahAzman