Suka blog AisyahAzman?

Friday, April 4, 2014

Kawan, sahabat, teman Duniawi Ukhrawi

//Assalamualaikum\\

Hari ni kita mau disscuss pasai kawan, sahabat, teman. Surely semua orang ada kawan, sahabat, teman. Sebab diorang adalah salah satu tempat untuk kita luahkan masalah kita. Ye ke idok? 

Sometimes, kita benci dengan kawan kita tu sebab kita nampak banyak kelemahan dia, itu ini semua tak kena. Tapi, kita tak sedar yang dia lah selalu tolong kita bila kita ada masalah bertimpa-timpa. Pernah tak jadi macam tu? Kalau awak macam tu, pergi hantuk kepala kat dinding sampai dinding pecah. 

Meh kita bezakan antara kawan, sahabat, teman. Ada ke perbezaan semua tu? Namapak sepesen je. Nampak sama je. Nampak serupa je. Nampak semaksud je. Nampak takde beza pun. Memang betul semua jawapan nampak begitu nampak begini. Tapi ce kita fokus. Fokus untuk membezakan sebab memang ada kelainannya. 

Kawan: Dia akan ada sama-sama dengan kita bila kita senang. Confirm ada sentiasa. Enjoy memanjang dengan kita. Tapi belum tentu tolong dengar masalah kita time kita dalam kesusahan. Get it? Ada jenis manusia yang tak suka dengar masalah orang lain. Pelik ke? Tak lah. Macam ni lah yang selalu sangat ada. Lari bila kawan lain ada masalah. -____-


Diorang kawankawan aku. Sebab kami bersuka ria bersama, berduka lara bersama tidak semua. :') 
Kita sayang kawankawan kita ! #Batch95 #Form6 #Sesi13/14 #SMKAgamaSegamatJohor

Sahabat: Siapa ada sahabat? Sahabat selalu ada time kita suka gila duka lara enjoy terkinja-kinja. Memang tak dinafikan sahabat akan sentiasa di sisi kita bila kita perlukan. Diorang akan support kita itu and ini. Lepas tu, selalu buat kita gelak tak sudah. Menangis pun samasama. Selalu ingatkan kalau kita salah. Bagus betul sahabat ni. 

Che' Mek Wawa. Kau sahabat aku, kita selalu menangis samasama. Aku rasa kesedihan dengan kau. Aku rasa kesenangan kebahagiaan kesukaan pun dengan kau. Aku rindu kau. Kita dah jauh tapi aku selalu ingat kau. Sebab aku sayang kau sahabat. Ingat aku dalam doa kau. 


Teman: Bila cakap pasal teman, macam serupa dengan sahabat. Memang serupa. Perbezaan sebutan maybe? Teman lagi up dari sahabat maybe? Tapi cuba kau hayati lagu Kau Sahabat Kau Teman. Sama je kan? 

Ya. Dia sahabat, dia teman. Dia selalu ada saat aku dalam kesusahan. Kami saling menyayangi. Nampak tak betapa ikhlasnya aku suapkan dia. ekeke. Che' Wana itu namanya. *promote*. Kesayangan aku ni memang tak pernahnya nak berkira dengan aku. Sayang habis kat kau sayang !

Yang berkaca mata ala-ala ayu itu sememangnya selalu ada dengan aku. Dari dulu hingga kini hingga aku pergi meninggalkan duniawi nanti. Che' Areen gituuu. Kenapa aku kata dia teman aku? Sebab kalau aku demam masa kat asrama dulu, dia pernah basuhkan attire aku. Kau nak ke basuhkan seluar kawan kau yang dah kotor terkena kotoran yang bernajis? Tak semua nak buat benda tu. :) Yes, dia orangnya. Aku demam tak larat nak basuh, dia tolong settlekan. Kau awesome wahai teman.

Dia Che' Sara yang selalu dekat dengan aku walau kami jauh. Kenapa? Sebab kami ada chemistry. ekeke. Even terpisah jauh, aku tak pernah lupakan dia. Kerana kami sahabat, kami teman. Bila berduka, dia try make me laugh even gagal lakukan itu. Selalu gaduh manja zaman dahulu kala. Rindu nak peluk kau sayang.

Kami sahabat, kami teman. Dia ada disaat aku gembira, menangis, ketawa. Bila aku menangis, dia menangis. Bila dia menangis, aku menangis. Bila aku dalam kesusahan, dia datang tolong tak minta dibalas. Dia Che' Wada (yang paling besar dalam gambar di atas) ekeke. Kami sentiasa berkongsi cerita walau jarang berjumpa. Kau tak pernah berkira dengan aku sayang. Aku sayang kau. Aku tak pernah anggap kau kawan tapi kau lebih dari itu. :)

Friendship endless dears ! 
I love my friends, bestfriends, special friends. 
How about you guys? 

With love, 
AisyahAzman