Suka blog AisyahAzman?

Friday, August 29, 2014

Sunnah dan adab-adab pada hari Jumaat

//Assalamualaikum and hello guys\\

Salam Saiyidul Ayyam uolls!
Takziah aku ucapkan khas untuk kawan sekelas Nur Hamiza atas pemergian makciknyaa ke Rahmatullah hari ni.
Al-Fatihah. Allahyarhamah Jamilah binti Mohd Yasin.
Makcik dia meninggal disebabkan penyakit kencing manis yang teruk. 
Allah lebih menyayanginya. Penuh berkat as she was leaving on Friday. 


Now, as post title aku is about sunnah and adab-adab pada hari Jumaat, aku memang nak listkan all things that we call them sunnah hari Jumaat.

You can takenote.

Sunnah-sunnah dan adab-adab hari Jumaat::

1) Mandi and bersihkan diri bagi abang adik ayah before pergi solat jumaat. 
2) Potong kuku, cabut bulu ketiak, shaving misai. 
3) Pakai wangi-wangian.
4) Pakai pakaian yang bersih, cantik. 
5) Read surah Al-Kahfi.
6) Banyakkan selawat ke atas Rasullullah.
7) Banyakkan amalan kebaikan and berdoa.
8) Datang awal ke masjid.
9) Diam while imam berkhutbah. 
10) Solat sunat even imam sedang berkhutbah. 

Simple. But deep. 

KataKata Tulus Ikhlas daripada AisyahAzman::
Allah Maha Pemurah. Sekecil-kecil amalan kebaikan yang kita buat, confirm dapat ganjaran pahala yang mustahil dijual beli. :)

WithLove,
AisyahAzman.

Thursday, August 28, 2014

Kahwin muda ada negative effect?

//Assalamualaikum and hello guys\\

First and foremost, let me explain about kahwin muda. 
Mengikut logik akal rakyat jelata seluruh dunia mungkin, apa yang kita faham, kahwin muda adalah kahwin bila umur kita baru belasan tahun, 20, 21, 22, 23, 24, 25. 
Aku tak panggil kahwin muda, but i call it kahwin remaja.
Umur remaja sentiasa tak lari dari fefeeling keremajaan cewah.

Indahnya kahwin muda. Fakta. sumber::google

Well, sekarang berderet-deret akak abang adik semua kahwin muda-muda belaka. 
Umur 20 tahun, anak dah tiga, kahwin masa umur 17 tahun. Fuh fuh fuh rizqy minallah.
Semua tu perkara biasa bukan sahaja rakyat Malaysia malah seluruh dunia.
Satu je aku nak cakap. 
Kahwinlah awal seawal awal awal awal yang mungkin. 
Pandai masak je terus plan cepat-cepat buat majlis. 
Pandai lipat baju secantik yang boleh, terus je suruh mak abah cari calon. 
Pandai iron baju sampai string habis boleh jadi menantu jiran sebelah. *Macam over je*.

Taaaapi masalah era 2000-an ni, masyarakat selalu ngumpat sana sini.

Situasi 1:

Pengumpat A: ''Eh, pssst pssst. Jemah, meh lah sini borak kejap buat senaman mulut. Aku dengar Joyah anak tiri Pak Bedul yang ke patpuloh tu nak kahwin hujung minggu ni.''

Pengumpat B: ''Wow! Fantastic! Hebat ni. Umur dia kan baru 18 tahun. Kenapa awal? Entah entahhhhhh.....''

Situasi 2:

Mak cik berkira: ''Mak cik tak benarkan awak kahwin dengan anak mak cik. Awak tahu tak gaji awak tu tak cukup nak bagi anak dara mak cik si model tu sepinggan nasi. Dia tu biasa makan nambelas kali bertambah. Kau mampu?''

Si jejaka blur: ''Erkkk?''

Situasi 3:

Ibu demand: ''You nak kahwin dengan anak kesayangan i, i letak hantaran RM 100000. Kalau you gagal, jauhkan diri dari anak i.''

Si sedih: ''Sah saya gagal. Saya pun kais pagi makan pagi kais petang makan petang pastu malam tak makan sebab tak kais, macam mana nak cari duit hantaran tu mak cik.''

Haa begitulah rutin harian masyarakat era 2000-an. 
Nak habaq mai ya. Perkara utama before kahwin mestilah bersedia. 
Bersedia segala zahir dan batin.
Untuk sang lelaki, make sure ekonomi stabil untuk tanggung family sendiri nanti okey?
Untuk si dara, please ah please make sure you tu pandai masak segala macam resipi. Konpem laki sayang seumur hidup.

Kalau pasangan tu dah lama? Tapi ekonomi belum kukuh. Tapi perempuan tu cuma pass masak nasi je itu pun dah nak jadi bubur. Buang segala tapi.
Sampai bila nak bertangguh? Bahaya kan? Eh mestilah!
Nak bagitau satu ayat ni, ''Jika kahwin, maka kayalah kamu.'' atau ''Kalau nak kaya, maka kahwinlah.''
Faham konsep itu? 

Kesimpulannya, ibu bapa perlu memahami anak-anak about this issue. 
We must take it seriously. 
Semua ni adalah pendapat aku semata-mata berpandukan pengalaman aku si anak muda yang akan berkahwin juga nanti.

Apa pendapat awak wahai si pembaca setia sampai habis? 

KataKata Tulus Ikhlas daripada AisyahAzman::
Kalau nak kaya, maka kahwinlah.
Jika kahwin, maka kayalah kamu.
Jauhi maksiat. Allahu.
La Taqrabuzzina. 
With Love,
AisyahAzman.

Saturday, August 16, 2014

Share about interview SPP dengan engkoghang.

//Assalamualaikum and hello guys\\

Alhamdulillah aku baru sahaja melepasi satu dugaan yang agak berat untuk aku hadapi. 
Dugaan temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran. 
Bunyi serius seperti dugaan selipar tandas hilang gayanya. 
Kenapa dugaan? Bukan keuntungan ke? 
Yes. Memang aku rasa cukup bertuah sebab berpeluang merasai detik-detik gelabah sebelum, semasa dan selepas interview. 

Mungkin ada individu yang pelik dengan kehadiran aku masa interview tu disebabkan umur aku. 
Mana tidaknya, budak hingusan 19 tahun macam aku sepatutnya tengah tidur dalam dewan kuliah ataupun struggle belajar tingkatan 6 di sekolah gitewww.
Berani betul aku nak challenge kakak abang 21 tahun ke atas yang pergi interview tu. *flip hairs*
Astaghfirullahal 'Aziim. Kau riak ke apa Aisyah? 
Taklah. Aku bukan membangga diri atau riak atau istidraj atau sewaktu dengannya.
Actually, aku try memberanikan diri pergi interview tu adalah kerana aku ingin mencari pengalaman dan kenangan serta pengetahuan. *fuh fuh fuh ayat*
Jadi, aku tak mengharap apa-apa pun sebab bagi aku ramai lagi kakak abang yang lebih berkelayakan daripada aku si hingusan jalanan ni. ahaha. 
Saingan memang hebat. Dalam beratus-ratus candidates, cuma 2 3 orang je yang akan terpilih. 
Almaklum, aku agak teruja bila tahu macam tu ramai candidates and pemilihan yang cuma berapa ketul je. Jakun mungkin. 
Sebab tu lah aku kata aku nak cari pengalaman. 

Aku nak share apa yang aku tahu sedikit sebanyak pasal soalan or apa apa yang berkaitan dengan interview SPP kat engkoghang rakyat jelata. -___-

Soalan interview yang aku dapat adalah seperti berikut *baca dengan nada skema*::

1) Kenalkan diri
2) Pengetahuan am mengenai jawatan yang diinterview
3) Pelan transformasi ekonomi
4) Pelan transformasi kerajaan
5) Keburukan rasuah
6) Objektif utama bekerja bawah kerajaan
7) Isu semasa terkini
8) Tugas utama jawatan yang diinterview
9) Nama Menteri Pelajaran
10) Gaji jawatan yang ditawarkan

Perkara penting yang korang kena ada adalah keyakinan. 
Jawab soalan biar ada senyum macam soalan yang korang dapat tu senang walaupun soalan tu membuatkan korang rasa macam nak cekik si penemu duga. 
Ketenangan pun mesti ada. Jangan sesekali tunjukkan yang korang gelabah susahnya soalan nak jawab apa hahahai.
Beberapa hari before interview please please please research sikit pasal apa yang berkaitan dengan interview yang ditawarkan.
The most important thing is korang kena banyak banyak berdoa tanpa henti moga Allah permudahkan segala urusan engkoghang. 

KataKata Tulus Ikhlas daripada AisyahAzman::
Be a positive person. Dont think about something bad.
Murahkan senyuman tingkatkan keyakinan.
Moga Allah permudahkan. If Allah wills it ya guys :)
With love,
AisyahAzman.

Friday, August 15, 2014

Thai Tomyam One Segamat Mall yang delicious!

//Assalamualaikum and Hello Guys\\

Tomyam? Siapa suka tomyam? Aku paling tak suka makan tomyam dulu tauuuuu. Sebab aku rasa macam erk tak sedap erk nak muntah erk alergic nyaaa padahal semua itu mengade ngade belaka. Mohon diberi penampar mungkin? But then, thats all before lah. Now, aku lah si hantu jembalang tomyam. Why? Why out the blue?

Haaaaa. Ni yang nak habaq mai ni~

Bermulanyaaa kisah si penglipur lara, dedulu (tahun lepas je pon), while aku and kerabat geng aku merayap keliling One Segamat Mall *do you know where? please google search if you want to know yaa~*, tetiba kawan aku ajak kitoghang makan kat satu port ni. Kat board dia dok gah terpampang 'Thai TomYam'. Muka aku masa tu dah macam itik pulang petang, ayam pulang pagi, kucing berak kapur haa memang segala peribahasa binatang yang tunggang terbalik, macam tu lah reaksi aku. eeeuuuuw. Tomyam? I dont want !
Tapi kaki aku tetap melangkah masuk dengan serba salahnyaaa. Sebab dah lapaq tahap nak pengsan tengah mall.


Wow! Amazing! Fantastic! Gah gedebam gedebom! Tipah teruja bang!
Memang menjilat sudu garpu kau kiah!
Teruja aku. Nak datang lagi! Nak datang lagi!

Now, aku dok jejakkan kaki dengan kawan aku si Cik Miza ni ha sematamata nak bagitau yang tomyam kat kedai tu sedap.
Memang sedap tahap nak guling guling keliling kedai wo!
Tomyam nyaaa aum aum. Kuahnyaaa marvellous. Perfect bak ang.

Sebab si chef yang tak berapa nampak gaya chef, memang orang Thailand. Maybe. As aku terdengar dia borak dengan kawan dia cakap Thai. So?
Kau masak perfect bang!
Segala galanya memang segar bugar.
Dari hidupan lautan sampai ke sayuran memang nampak fresh.



Thats why lah, aku memang nak ajak engkoghang ramai ramai mai try makan kat Thai Tomyam tu.
Tambah pulak ada kerabu segala.
Memang taknak tinggalkan kedai tu rasanyaaaaa.

kerabu ni dah berkurang gara-gara ada yang terjamah. sabotaj mungkin.

Harga? Jangan risau.
Sesuai dengan tahap kesedapan sampai nak melekat kat dinding kedai.

Kerabu sotong aku ni RM 5.00 sahaja. Banyak sebenarnya tapi sebab aku dah tak menahan, sebelum snap lagi aku dah tertelan sikit.

Gambar selepas dijamah sampai hilang udangnyaa.

Tomyam ni bedezap bedezuppp dalam RM 5.00.
Udang boleh tahan~


Just wanna to say, apa lagi. Cuba lah nanti okay.
Yummy!
Selamat terliur dan selamat mencuba kelak!

Kenyang perut cepat cepat touch up muka takut tom yam terlekat di pipi mahupun kerabu udang di celah gigi.

Katakata Tulus Ikhlas dari AisyahAzman::
Makan tu biar habis. Ingat saudara se islam kita kat Gaza Palestin semua. Mereka amat memerlukan walau sedikit makanan untuk mengalas perut. Kita pulak? Senang dapat makanan, senang pulak nak membuang. No no no!
Anti makanan tak habis!
With love,
AisyahAzman.

Ukhuwah jangan diabaikan please!

//Assalamualaikum and hello guys\\

Semua orang ada kawan, teman, sahabat, kekasih, geng, band segalanya.

Aku taknak cerita pasal semua tu tapi aku nak cerita pasal ukhuwah. 
Ya. Ukhuwah. 
Jalinan ikatan antara seseorang dengan seseorang atau beberapa orang yang lain. 
Tu maksud ikut kepala aku sendiri. 

Ukhuwah mengajar kita erti pengorbanan.

Betul tak? 
Bagi aku ukhuwah penting dalam hidup kitaaa. 
Sebab tanpa ukhuwah dengan sesiapa baik kita duduk dalam gua lepas tu tutup pintu gua dengan batu besar gedabak lepas tu tutup hati daripada ingin berkawan dengan sesiapa. Deal kau mampu? 

Pentingnya hati kawan kawan or sesiapa yang ada ikatan dengan kita untuk dijaga. 
Dijaga daripada terasa, makan dalam, sentap segala rasa yang buruk dengan kita.
Sebab tu lah sesuatu ukhuwah memerlukan pengorbanan. 
Seperti aku yang suka berkorban eceh boleh pergi jauh lah Aisyah. 

Aku mengaku aku sayang kawan kawan aku. 
Ni lah motif ukhuwah yang aku nak ceritakan.

Seringkas-ringkas entry yang aku taip dengan maksud yang tersirat.
Sungguh tersirat. Kalau kau faham, aku tabik dengan kau. *kening ke dahi dua kali*

Thanks for reading this entry :)

KataKata Tulus Ikhlas daripada AisyahAzman::
Ukhuwah fillah abadan abada.
Hablu minallah wa hablu minannas.
Ukhuwah muhimmu ladal insan.
Love ukhuwah, Love usrah.
Pengorbanan yang kau lakukan akan mendapat ganjaran besar daripadaNya.
With love,
AisyahAzman.

Awesome konvoi raya punya cerita! #PartTwo

//Assalamualaikum and hello guys\\

Post kali ni adalah sambungan cerita konvoi raya part one sebelum ni. Tak habis lagi cerita konvoi aku. 
Konvoi bersama rakan taulan tersayang mayang terbang melayang terbayang bayang yang yang yang pangggg. 

Telling by pictures. 
Silakan. 
Eceh. 

Gigih meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnyaaa.
Meredah hutan belukar kera biawak segala yang melintas di jalan raya tanpa menoleh kiri dan kanan serta merentasi liku liku jalan yang membuatkan aku tak senang duduk dalam kereta dan tak berhenti membebel sebab tak dapat tidur. Alahai alahai penat melampau lampau. 

 Hashtag rumah keenam. Hashtag masih boleh menyengih tayang gigi bersinar sinar bagai eksaited melampau lagaknya. Hashtag aku suka rumah kampung yang memberi ketenangan jiwa raga zahir batin.

nak cakap sikit, iolls paling tinggi wuuuu~

Terang hantu nyaaa. Hashtag hantu selfie. -_____- jemu k jemu.

Hashtag rumah ketujuh. Hashtag tak larat nak makan. Hahstag duduk melepak je yang mampu. Hashtag muka dah naik minyak. 

Hashtag rumah kelapan. Hashtag perut nak letup kebabom. Hashtag nak tumpang baring boleh? Hashtag haha.

 Bersama tuan dan puan rumah. 

Hashtag rumah kesembilan. Hashtag dah malam. Hashtag penat melampau lampau pau pau pau pau. 



muka memang dah seposen doposen berposen posen dah ni. antara bilik and bantal je yang difikir. 

Berusaha meneruskan perjalanan sehingga terlajak tersesat. alasan yang kukuh, malam mana lah nampak jalan sangat. well well well well. 

Hashtag the last one. Hashtag nak makan sambil baring boleh? Hashtag tumpang tengok TV setelah seharian taktau isu apa hari ni. eceh. 

 Sudah terang tak payah disuluh, camera girl dah tak larat nak pegang kamera. Gambar seperti dalam pertandingan meneka wajah siapa. -_____-

Finally, habis sudah konvoi sehari suntuk badan dah bau mee sup bakso tom yam segala macam makanan perut dah melebihi saiz baju mata dah keluar gambar bantal katil semua. 
Walau penat, tapi berbaloi. 
Berbaloi lah berbaloiiiiii *buat sedap hati*. 
Yes. Berbaloi sebab semua enjoy. Ukhuwah dieratkan bersama. ceh ceh ceh. 

Tak settle lagi. 

Ke dataran ke kita. For what?
Ambil gambar beramai-ramai. Semata-mata? Ya. Semata-mata. 
Takpe asalkan enjoy okey poyo statement poyo. 






Sudah cukup sudah. Sehari bersama bagaikan taknak meninggalkan detik tu. 
Detik yang mungkin hanya sekali seumur hidup mengalahkan UPSR, PMR, SPM. 
1001 kenangan yang tinggal kenangan. 

Aku happy. 

Kerana aku sayang mereka. 

Kerana kita saling sayang menyayangi. 
Kawankawan, semoga ukhuwah kita takkan terhenti di sini .
Tabahlah kita untuk menghadapi perpisahan lagi dan lagi. 

Al-Fatihah dihulur daripada aku untuk kalian. 
Nah tisu gulung gulung kat tandas aku bagi buat lap air mata korang oh sweetnyaaaa Aisyah. 

KataKata Tulus Ikhlas daripada AisyahAzman::
Kalau Allah redha, tak mustahil kita semua akan bersama kelak di Jannah Allah. 
Semoga ikatan persahabatan kita diredhai Allah. 
Keikhlasan itu penting tau kawankawan merangkap sahabatsahabat merangkap keluarga sebumbungku.
With love,
AisyahAzman.




Thursday, August 14, 2014

Awesome konvoi raya punya cerita! #PartOne

//Assalamualaikum and hello guys\\

Masih dalam mood raya lagi? Mungkin aku masih terkinja kinja nak ke sana sini tanpa henti dengan niat untuk menziarahi rakan seangkatan sanak saudara serta jiran tetangga di samping mencari side income (duit raya) sudah semestinya. Niat tak baik patutlah duit raya aku semakin berkurang dan terus berkurang.

Well, sementara perayaan Eidul Fitr masih dalam jiwa dan sanubari hendaknya ayat memang boleh pergi jauh nampaknya, aku nak ambil kesempatan even masa sangat padat tapi pandai pandai curi seminit dua kononnya untuk meng-update and meng-upload segala gambar sepanjang aku and kengkawan tersayang berkonvoi beriya-iya hari tu. Hari tu? Ya, hari tu lah.

Awesome konvoi raya? Apa yang awesome sangat tu Aisyah? Gempak sangat ke? Beraya naik unta kah? Beraya pakai terompah beserta keris di pinggang kah? Beraya naik Malaysia Airlines mungkin? Menipu memang nombor satu dua tiga empat top 10 kau Aisyah.

Chenggini chenggini ceghitanyoss.

Ni first time aku join konvoi kemain complete semua satu batch  ceh meletop betul yakinnya aku menaip.
Yes. Memang pun. Kitorang start dari pukul 9 pagi gitewww sampailah dekat pukul 2 pagi baru aku jumpa rumah aku.
 Alls 35 orang bersamaan 9 kereta diuji dengan tersesat terpisah terlaju terlambat dan sebagainya yang tidak dikehendaki. Sepanjang raya dari pagi hingga ke pagi tu kitorang berjaya redah 10 rumah. Satu rumah dekat sejam. Mana tak nya dari pagi sampai ke pagi.

Biar gambar menyambung cerita.

 
Simple. Itu aku si gadis simple mintak anugerah remaja simple wuuuu~
Sepanjang hari aku dengan pakaian raya yang semakin merimaskan ni. -_____-

Bismillahi first. Ya. Aku penumpang berjaya nampaknyaa. 

Hashtag rumah first. Hashtag marhaban. Hashtag semangatnyaaa! 


 Hashtag rumah kedua. Hashtag masih pagi. Hashtag bertenaga tak perlu red bull segala.


3 4 kereta konvoi dari 9 kereta. 

Hashtag rumah ketiga. Hashtag dah dekat nak penat. Hashtag perut dah kembung kuah.

Hashtag rumah keempat. Ni memang matahari dah terpacak atas kepala. Alahai panas penat. 

Hashtag rumah kelima. Sangatlah senak perut ni sampai nak cakap pun tak larat aduh aduh aduh. 



Baru rumah kelima dah dekat pukul 5 petang. Kau fikir kitorang berhenti setiap satu rumah berapa jam. Speechless tau~ Sedar dah petang baru kalut nak pergi tempat lain. Hampeh hampeh. -_____-

Ini baru lima rumah okey. 
To be continued in other part.......

With love,
Aisyah Azman.











Sunday, August 3, 2014

Feeling raya? How?

//Assalamualaikum and hello guys\\

"Yeeeehaaaa! Raya!"
Yeah, itu katakata ku sewaktu aku masih mentah baru nak up konon konon beriya menyambut raya.
Bajet bajet puasa penuh sentiasa.

Well. Nama pun budak budak. Suka kemain.
Sebab utama, nak kumpul duit raya beratus ratusan haa ada juga yang cecah beribuan sampai tak boleh tutup kotak harta karun gitewww.
Masa tu lah rasa kaya sekejap.

Sekarang?
Aku dah tuaaa. Tua? Oh yaaa. Bakal berumur 20 tahun depan.
Memang terasa dah tua. Dah mula sakit pinggang, lenguh sana sini, sakit itu ini.
Memang padan lah dengan ''TUA''. Raya pun tak rasa apa dah.
Sebab utama? Sebab dah tak dapat kumpul duit raya beriya iya macam dulu.
Mak cik pak cik tengok kau pun sebelah mata.
Rezeki kau lah kalau diorang bagi duit raya kat kau.
Sampai sujud syukur agaknya korang masa tu eak?
Ada ke yang buat?

Berbalik pada raya, ya aku tau aku lambat wish.Genap seminggu raya okey leteuwww.
Selamat Hari Raya semua rakyat jelata di Malaysia negara tercinta mahupun di mana jua berada oh macam di perantauan lagaknya.
Ke mana raya kau bro? Ke kampung? Ke bandar? Ke pelusuk manakah kau?

Meh share dengan eden.
Mana tau kau beraya kat kampung yang sama dengan aku.
Mana tau rupanya aku sedare kau.
Mana tau rupanya duit raya kau yang jatuh kat depan rumah aku.
Mana tau kau lah orang yang main mercun bola sepak sampai segala serpihan mercun je yang berteraburan atas bumbung rumah aku.
Mana tau mana tau mana tau mana tau mana tau ulang sampai muntah.

Gambar raya? Nanti nanti lah yaaa.
Rajin belum sampai dalam diri.
Malas tahap jatuh bangunan tingkat 66 nak upload gambar.

KataKata Ikhlas daripada AisyahAzman::
Raya raya le jugek. Jangan dok membazir okey geng?
Jangan meriah sangat. Ingatlah saudara kita kat Gaza yang tengah bermati-matian mempertahankan islam.
Pesanan untuk kau aku dan kita semua. Chill. Sekian.

With Love,
AisyahAzman.