Suka blog AisyahAzman?

Thursday, August 14, 2014

Awesome konvoi raya punya cerita! #PartOne

//Assalamualaikum and hello guys\\

Masih dalam mood raya lagi? Mungkin aku masih terkinja kinja nak ke sana sini tanpa henti dengan niat untuk menziarahi rakan seangkatan sanak saudara serta jiran tetangga di samping mencari side income (duit raya) sudah semestinya. Niat tak baik patutlah duit raya aku semakin berkurang dan terus berkurang.

Well, sementara perayaan Eidul Fitr masih dalam jiwa dan sanubari hendaknya ayat memang boleh pergi jauh nampaknya, aku nak ambil kesempatan even masa sangat padat tapi pandai pandai curi seminit dua kononnya untuk meng-update and meng-upload segala gambar sepanjang aku and kengkawan tersayang berkonvoi beriya-iya hari tu. Hari tu? Ya, hari tu lah.

Awesome konvoi raya? Apa yang awesome sangat tu Aisyah? Gempak sangat ke? Beraya naik unta kah? Beraya pakai terompah beserta keris di pinggang kah? Beraya naik Malaysia Airlines mungkin? Menipu memang nombor satu dua tiga empat top 10 kau Aisyah.

Chenggini chenggini ceghitanyoss.

Ni first time aku join konvoi kemain complete semua satu batch  ceh meletop betul yakinnya aku menaip.
Yes. Memang pun. Kitorang start dari pukul 9 pagi gitewww sampailah dekat pukul 2 pagi baru aku jumpa rumah aku.
 Alls 35 orang bersamaan 9 kereta diuji dengan tersesat terpisah terlaju terlambat dan sebagainya yang tidak dikehendaki. Sepanjang raya dari pagi hingga ke pagi tu kitorang berjaya redah 10 rumah. Satu rumah dekat sejam. Mana tak nya dari pagi sampai ke pagi.

Biar gambar menyambung cerita.

 
Simple. Itu aku si gadis simple mintak anugerah remaja simple wuuuu~
Sepanjang hari aku dengan pakaian raya yang semakin merimaskan ni. -_____-

Bismillahi first. Ya. Aku penumpang berjaya nampaknyaa. 

Hashtag rumah first. Hashtag marhaban. Hashtag semangatnyaaa! 


 Hashtag rumah kedua. Hashtag masih pagi. Hashtag bertenaga tak perlu red bull segala.


3 4 kereta konvoi dari 9 kereta. 

Hashtag rumah ketiga. Hashtag dah dekat nak penat. Hashtag perut dah kembung kuah.

Hashtag rumah keempat. Ni memang matahari dah terpacak atas kepala. Alahai panas penat. 

Hashtag rumah kelima. Sangatlah senak perut ni sampai nak cakap pun tak larat aduh aduh aduh. 



Baru rumah kelima dah dekat pukul 5 petang. Kau fikir kitorang berhenti setiap satu rumah berapa jam. Speechless tau~ Sedar dah petang baru kalut nak pergi tempat lain. Hampeh hampeh. -_____-

Ini baru lima rumah okey. 
To be continued in other part.......

With love,
Aisyah Azman.











No comments:

Post a Comment

komen sini thanks dearies:)