Suka blog AisyahAzman?

Friday, August 15, 2014

Awesome konvoi raya punya cerita! #PartTwo

//Assalamualaikum and hello guys\\

Post kali ni adalah sambungan cerita konvoi raya part one sebelum ni. Tak habis lagi cerita konvoi aku. 
Konvoi bersama rakan taulan tersayang mayang terbang melayang terbayang bayang yang yang yang pangggg. 

Telling by pictures. 
Silakan. 
Eceh. 

Gigih meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnyaaa.
Meredah hutan belukar kera biawak segala yang melintas di jalan raya tanpa menoleh kiri dan kanan serta merentasi liku liku jalan yang membuatkan aku tak senang duduk dalam kereta dan tak berhenti membebel sebab tak dapat tidur. Alahai alahai penat melampau lampau. 

 Hashtag rumah keenam. Hashtag masih boleh menyengih tayang gigi bersinar sinar bagai eksaited melampau lagaknya. Hashtag aku suka rumah kampung yang memberi ketenangan jiwa raga zahir batin.

nak cakap sikit, iolls paling tinggi wuuuu~

Terang hantu nyaaa. Hashtag hantu selfie. -_____- jemu k jemu.

Hashtag rumah ketujuh. Hashtag tak larat nak makan. Hahstag duduk melepak je yang mampu. Hashtag muka dah naik minyak. 

Hashtag rumah kelapan. Hashtag perut nak letup kebabom. Hashtag nak tumpang baring boleh? Hashtag haha.

 Bersama tuan dan puan rumah. 

Hashtag rumah kesembilan. Hashtag dah malam. Hashtag penat melampau lampau pau pau pau pau. 



muka memang dah seposen doposen berposen posen dah ni. antara bilik and bantal je yang difikir. 

Berusaha meneruskan perjalanan sehingga terlajak tersesat. alasan yang kukuh, malam mana lah nampak jalan sangat. well well well well. 

Hashtag the last one. Hashtag nak makan sambil baring boleh? Hashtag tumpang tengok TV setelah seharian taktau isu apa hari ni. eceh. 

 Sudah terang tak payah disuluh, camera girl dah tak larat nak pegang kamera. Gambar seperti dalam pertandingan meneka wajah siapa. -_____-

Finally, habis sudah konvoi sehari suntuk badan dah bau mee sup bakso tom yam segala macam makanan perut dah melebihi saiz baju mata dah keluar gambar bantal katil semua. 
Walau penat, tapi berbaloi. 
Berbaloi lah berbaloiiiiii *buat sedap hati*. 
Yes. Berbaloi sebab semua enjoy. Ukhuwah dieratkan bersama. ceh ceh ceh. 

Tak settle lagi. 

Ke dataran ke kita. For what?
Ambil gambar beramai-ramai. Semata-mata? Ya. Semata-mata. 
Takpe asalkan enjoy okey poyo statement poyo. 






Sudah cukup sudah. Sehari bersama bagaikan taknak meninggalkan detik tu. 
Detik yang mungkin hanya sekali seumur hidup mengalahkan UPSR, PMR, SPM. 
1001 kenangan yang tinggal kenangan. 

Aku happy. 

Kerana aku sayang mereka. 

Kerana kita saling sayang menyayangi. 
Kawankawan, semoga ukhuwah kita takkan terhenti di sini .
Tabahlah kita untuk menghadapi perpisahan lagi dan lagi. 

Al-Fatihah dihulur daripada aku untuk kalian. 
Nah tisu gulung gulung kat tandas aku bagi buat lap air mata korang oh sweetnyaaaa Aisyah. 

KataKata Tulus Ikhlas daripada AisyahAzman::
Kalau Allah redha, tak mustahil kita semua akan bersama kelak di Jannah Allah. 
Semoga ikatan persahabatan kita diredhai Allah. 
Keikhlasan itu penting tau kawankawan merangkap sahabatsahabat merangkap keluarga sebumbungku.
With love,
AisyahAzman.




No comments:

Post a Comment

komen sini thanks dearies:)