Suka blog AisyahAzman?

Saturday, August 16, 2014

Share about interview SPP dengan engkoghang.

//Assalamualaikum and hello guys\\

Alhamdulillah aku baru sahaja melepasi satu dugaan yang agak berat untuk aku hadapi. 
Dugaan temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran. 
Bunyi serius seperti dugaan selipar tandas hilang gayanya. 
Kenapa dugaan? Bukan keuntungan ke? 
Yes. Memang aku rasa cukup bertuah sebab berpeluang merasai detik-detik gelabah sebelum, semasa dan selepas interview. 

Mungkin ada individu yang pelik dengan kehadiran aku masa interview tu disebabkan umur aku. 
Mana tidaknya, budak hingusan 19 tahun macam aku sepatutnya tengah tidur dalam dewan kuliah ataupun struggle belajar tingkatan 6 di sekolah gitewww.
Berani betul aku nak challenge kakak abang 21 tahun ke atas yang pergi interview tu. *flip hairs*
Astaghfirullahal 'Aziim. Kau riak ke apa Aisyah? 
Taklah. Aku bukan membangga diri atau riak atau istidraj atau sewaktu dengannya.
Actually, aku try memberanikan diri pergi interview tu adalah kerana aku ingin mencari pengalaman dan kenangan serta pengetahuan. *fuh fuh fuh ayat*
Jadi, aku tak mengharap apa-apa pun sebab bagi aku ramai lagi kakak abang yang lebih berkelayakan daripada aku si hingusan jalanan ni. ahaha. 
Saingan memang hebat. Dalam beratus-ratus candidates, cuma 2 3 orang je yang akan terpilih. 
Almaklum, aku agak teruja bila tahu macam tu ramai candidates and pemilihan yang cuma berapa ketul je. Jakun mungkin. 
Sebab tu lah aku kata aku nak cari pengalaman. 

Aku nak share apa yang aku tahu sedikit sebanyak pasal soalan or apa apa yang berkaitan dengan interview SPP kat engkoghang rakyat jelata. -___-

Soalan interview yang aku dapat adalah seperti berikut *baca dengan nada skema*::

1) Kenalkan diri
2) Pengetahuan am mengenai jawatan yang diinterview
3) Pelan transformasi ekonomi
4) Pelan transformasi kerajaan
5) Keburukan rasuah
6) Objektif utama bekerja bawah kerajaan
7) Isu semasa terkini
8) Tugas utama jawatan yang diinterview
9) Nama Menteri Pelajaran
10) Gaji jawatan yang ditawarkan

Perkara penting yang korang kena ada adalah keyakinan. 
Jawab soalan biar ada senyum macam soalan yang korang dapat tu senang walaupun soalan tu membuatkan korang rasa macam nak cekik si penemu duga. 
Ketenangan pun mesti ada. Jangan sesekali tunjukkan yang korang gelabah susahnya soalan nak jawab apa hahahai.
Beberapa hari before interview please please please research sikit pasal apa yang berkaitan dengan interview yang ditawarkan.
The most important thing is korang kena banyak banyak berdoa tanpa henti moga Allah permudahkan segala urusan engkoghang. 

KataKata Tulus Ikhlas daripada AisyahAzman::
Be a positive person. Dont think about something bad.
Murahkan senyuman tingkatkan keyakinan.
Moga Allah permudahkan. If Allah wills it ya guys :)
With love,
AisyahAzman.

2 comments:

  1. tahniah,, betul, yg penting keyakinan diri kita, x kira lar kita ni muda utk perkara tersebut.. satu lagi, pengetahuan am kena tahu lebih,, membaca salah satu jambatan ilmu,, :D

    ReplyDelete
  2. thanks. banyak lagi benda yang Aisyah kena belajar. hehe. Terima kasih sangat untuk nasihat yang padat tapi mempunyai maksud tersirat yang akan Aisyah ingat In Shaa Allah. :D

    ReplyDelete

komen sini thanks dearies:)