Suka blog AisyahAzman?

Friday, August 15, 2014

Thai Tomyam One Segamat Mall yang delicious!

//Assalamualaikum and Hello Guys\\

Tomyam? Siapa suka tomyam? Aku paling tak suka makan tomyam dulu tauuuuu. Sebab aku rasa macam erk tak sedap erk nak muntah erk alergic nyaaa padahal semua itu mengade ngade belaka. Mohon diberi penampar mungkin? But then, thats all before lah. Now, aku lah si hantu jembalang tomyam. Why? Why out the blue?

Haaaaa. Ni yang nak habaq mai ni~

Bermulanyaaa kisah si penglipur lara, dedulu (tahun lepas je pon), while aku and kerabat geng aku merayap keliling One Segamat Mall *do you know where? please google search if you want to know yaa~*, tetiba kawan aku ajak kitoghang makan kat satu port ni. Kat board dia dok gah terpampang 'Thai TomYam'. Muka aku masa tu dah macam itik pulang petang, ayam pulang pagi, kucing berak kapur haa memang segala peribahasa binatang yang tunggang terbalik, macam tu lah reaksi aku. eeeuuuuw. Tomyam? I dont want !
Tapi kaki aku tetap melangkah masuk dengan serba salahnyaaa. Sebab dah lapaq tahap nak pengsan tengah mall.


Wow! Amazing! Fantastic! Gah gedebam gedebom! Tipah teruja bang!
Memang menjilat sudu garpu kau kiah!
Teruja aku. Nak datang lagi! Nak datang lagi!

Now, aku dok jejakkan kaki dengan kawan aku si Cik Miza ni ha sematamata nak bagitau yang tomyam kat kedai tu sedap.
Memang sedap tahap nak guling guling keliling kedai wo!
Tomyam nyaaa aum aum. Kuahnyaaa marvellous. Perfect bak ang.

Sebab si chef yang tak berapa nampak gaya chef, memang orang Thailand. Maybe. As aku terdengar dia borak dengan kawan dia cakap Thai. So?
Kau masak perfect bang!
Segala galanya memang segar bugar.
Dari hidupan lautan sampai ke sayuran memang nampak fresh.



Thats why lah, aku memang nak ajak engkoghang ramai ramai mai try makan kat Thai Tomyam tu.
Tambah pulak ada kerabu segala.
Memang taknak tinggalkan kedai tu rasanyaaaaa.

kerabu ni dah berkurang gara-gara ada yang terjamah. sabotaj mungkin.

Harga? Jangan risau.
Sesuai dengan tahap kesedapan sampai nak melekat kat dinding kedai.

Kerabu sotong aku ni RM 5.00 sahaja. Banyak sebenarnya tapi sebab aku dah tak menahan, sebelum snap lagi aku dah tertelan sikit.

Gambar selepas dijamah sampai hilang udangnyaa.

Tomyam ni bedezap bedezuppp dalam RM 5.00.
Udang boleh tahan~


Just wanna to say, apa lagi. Cuba lah nanti okay.
Yummy!
Selamat terliur dan selamat mencuba kelak!

Kenyang perut cepat cepat touch up muka takut tom yam terlekat di pipi mahupun kerabu udang di celah gigi.

Katakata Tulus Ikhlas dari AisyahAzman::
Makan tu biar habis. Ingat saudara se islam kita kat Gaza Palestin semua. Mereka amat memerlukan walau sedikit makanan untuk mengalas perut. Kita pulak? Senang dapat makanan, senang pulak nak membuang. No no no!
Anti makanan tak habis!
With love,
AisyahAzman.

No comments:

Post a Comment

komen sini thanks dearies:)