Suka blog AisyahAzman?

Monday, September 15, 2014

Allergic atau fobia?

//Assalamualaikum and hello guys\\

Satu benda yang aku memang nak share dengan korang adalah pasal makanan. Confirm lah pasal makanan alahai ni yang dah start jadi keyboard warrior nih pantang betul aku kalau cakap pasal makan ni. Memang tak boleh dibawa bincang. Bencik.

Kau nak tau tak, aku ada sorang senior ni aku bagi gelaran kakak A okey dia tak makan ayam langsung. Langsung tak makan. Langsung tau! Apa respons kau? Biasa je? Tak terkejut? Terkejut sampai rasa nak baca namplohnam kali statement aku tu? Ke kau memang takde feeling? Mungkin. Anda berhak pilih pilihan yang tepat apa kau merepek Aisyah!

Okey sambung.

Kau tau tak, ayam yang punyalah orang lain dok terkejar-kejar beriya nak makan, kadang-kadang si anak merengek kat mama suruh beli ayam mentah siap guling guling dari kedai sayur kangkung sampai ke kedai ikan duri kat pasar sebab nanti balik rumah boleh buat kentucky fried chicken homemade, tiba tiba aku dapat tau kakak A ni tak suka makan ayam? Watyorpoblem?
Kau ghase?

Kalau kat asrama dulu, bila lauk ayamlah yang paling dia mengeluh sepanjang turun tangga dari tingkat dua. Nasib baik dua tingkat je kalau patlima tingkat? Mau kering bibir dia membebel pasal taknak makan ayam.

Padahal kau tau tak satu asrama kemain terkinja-kinja nak makan lauk ayam sampai langgar queue itu konghajo betul kalau diingat balik ceh aku pun selalu buat. Nak kejar ayam punya pasal kan konon konon takut ayam habis ah sebenarnya tak pernah habis pun. Budak asrama memang jakun kalau dapat makan sedap almaklum jarang betul dapat makan lauk sedap cenggitu ceh.

Kakak A boleh relaks je queue tanpa sedikit rasa gelabah serta keluhan mahupun rengekan bila tengok budak budak jakun semua beriya langgar queue dia. Ayam seketul yang kakak A tak makan tu kau tau tak jadi rebutan para penghuni hostel okey tu macam tipu. Based on my observation, ayam yang dia dapat dia akan bagi dekat kawan dia. Well. Siapa taknak ayam extra kan?


Aku musykil. Sangat musykil apa normal ke tidak kakak A ni haa tak makan ayam? Allergic ke? Fobia? Maybe, Eh yeke? Habis takkan hari hari dia makan ikan dengan sayur je? Tak jemu ke? Tak rasa loya? Tak muntah? Ah tak guna punya ramalan aku.

Then,

aku pun tanyalah ada sorang minah ni kenapa kakak A tak makan ayam? Even ayam tu sedap gila siapa yang makan rasa di awangan bersama burung burung berterbangan pun kakak A tu takkan layan. Kau tunjuklah kat dia iklan KFC yang orang makan sampai air liur keluar ikut hidung pun dia tengok tutup mata je.

Rupa-rupanya kau tau tak kenapa dia tak usik ayam sikit pun tak heran even ayam tu melambai-lambai sambil menari-nari depan dia.

Dia fobia! Kau tau apa tu fobia? Trauma! Kau tau apa tu trauma? Cakap dengan budak darjah satu pun dia boleh explain sepanjang yang mungkin apa tu fobia trauma segala. Based on unformal perisikan yang aku dah laksanakan oh terpengaruh detective conan, dulu kakak A pun macam orang lain. As normal as we are. Fefeeling macam terbang di langit biru seiring AirAsia airlines kalau dapat makan ayam siap tak toleh orang sekeliling kesah apa asalkan dapat makan ayam walau seketul saiz sekecil tapak tangan kau.

Taaaaaaaaapi.....
Dunia bagai terhenti seketika tatkala sedang dia menjamu selera, ada pulak ulat putih banyak gila main police entry keliling ayam tu. Rasa macam cerita Pau Suri tak? ala yang orang tu sedap sedap makan mee, rupa rupanya semua tu cacing. euuuuuuuww watdoyufil? Kakak A terus lempar ayam tu macam lempar cakera sampai termasuk dalam mulut seorang playboy femes k tu tipu over gila ea.

Beginning from that incident,
sorry to say lah, memang dia janji and nekad dengan diri sendiri taknak sentuh ayam. Sampai bila? Tak sure lah tak pernah tanya. Kalau dia ada anak mesti anak dia pun taknak makan ayam lepas dia cerita that tragis incident kan oh please tak payahlah cerita nanti habis semua boikot ayam.

Actually, aku pun pernah juga termakan ayam macam tu. Dipenuhi kawan kawan rapat ayam yang tengah jalan jalan tawaf around ayam tu. Kat mana and masa bila tu aku taknak lah cerita. Tapi aku hati sado. Adalah kesedaran dalam limanamtujuh hari, lepas tu rindu balik nak telan ayam. Telan sambil tutp mata buat buat amnesia cerita negatif pasal ayam.

So, rupa rupanya kes kakak A ni adalah dia fobia. Okey fobia k.

KataKata Tulus Ikhlas dari AisyahAzman::
Berhati-hati dari segi pemilihan makanan sesungguhnya kita tak tahu apa di sebalik kita tak nampak. Yang penting doa bebanyak moga segala apa yang kita makan halal and bersih.

With love,
AisyahAzman.

2 comments:

  1. trauma sepanjang hayat tu..hehe..tp blh ambil protein dr sumber lain.. mcm ex roomate kta dlu ada tak makan sayur langsung n pantang makan benda ex: burger yg dh diletak sos ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul betul. rasa kerugian tak diorang eak? tu kes trauma dengan sos ke cemane tu? hehe. alahai. macam-macam kes trauma ade.

      Delete

komen sini thanks dearies:)