Suka blog AisyahAzman?

Thursday, November 20, 2014

Matlamat hidup apaaa?

//Assalamualaikum and hello guys\\

filter hiks.

Korang pernah terfikir kenapa kita kena belajar beriya iya bermati matian sampai berjaya?
Kenapa kenapa kenapa? 
Aku tau apa sebabnya!

-''mama papa bangga ada anak macam kamu. cantik bijak pulak tu.''

-''bolehlah kamu balas jasa mummy daddy bila dah dapat kerja bagus nanti.''

-''dapat kerja bagus senanglah kau bayar hutang segala nanti.''

-bila makcik makcik kat kampung tanya ''anak kau kerja apa?'' 
mak slumber jawab dengan bangga ''bakal ketua bank negara". amboi. memudahkan mak abah jawab soalan sekampung dengan slumber sokmo.

But!!!!!!!!!!!

Bila failed or tak dapat masuk u?!!!!!!

-''apa kau buat masa sekolah dulu ha?!''

-''cemane nak bayar hutang PTPTPTPTPTN kamu ni?!''

-''apa mak nak jawab kalau orang kampung sebelah tanya apa lulusan kau?''


Cikgu aku pernah cerita pasal kawan dia. sila teliti and muhasabah muhasarawak diri k?

''Dulu saya ada sorang kawan. kenapa dulu? sebab dia dah meninggal lama dah. Arwah bijak sepanjang saya kenal dia. Dia antara pelajar cemerlang sekolah. Lepas SPM, dia dapat offer belajar jauh tambahan lagi dengan kos yang awesome. and guess what kalau tak silap saya, dia dapat full scholarship. Tapi, dia reject semua offer. Dia reject U mentah mentah. Kesian U tu. Bila saya tanya kenapa reject peluang yang ada depan mata? Dia just senyum and jawab dengan tenang yang dia taknak tinggalkan kampung. Mak dia sakit. Abang kakak dah kahwin. Dia ingatkan saya yang rezeki datang dari Allah. Dia berkeras untuk jaga lembu-lembu arwah ayahnya daripada terpaksa pergi jauh untuk belajar and tinggalkan maknya yang terlantar sakit. Nekad seorang anak soleh and hamba yang mengingati kekuasaanNya.

One day, saya bergegas balik kampung bila mak saya call to inform me that kawan yang saya kagumi dah meninggal dunia dek kena sambar kilat masa dia bawak lembunya carik rumput. Saya tergamam.  Taaaaapi! Bila saya tengok wajah arwah untuk kali terakhir, arwah dalam keadaan senyum. Wajahnya bersih tiada sikit pun kecederaan sedangkan lembu dalam jagaannya rentung satu badan. Arwah cuma terbakar pada bahagian kepala je sikit. Semua orang pelik jadi kenapa macamtu. Bagaikan satu keajaiban. Menurut seorang pakcik penggembala kambing, harihari dia nampak arwah duduk kat bawah pokok baca Al-Quran sementara tunggu lembunya makan. Baru saya faham kenapa arwah meninggal dalam keadaan macamtu.''
-kisah benar-

Korang paham tak point dalam cerita aku tu? 
Conclusionnya, jangan letakkan kejayaan dalam akademik sebagai matlamat hidup kita. 
Aku tak paham kenapa ramai parents yang push anak belajar sampai anak tak rasa kemerdekaan dalam diri langsung. Lagi aku tak paham bila parents marah anak habis-habisan semata mata tak dapat 5A dalam UPSR, 9A dalam PMR, 11A dalam SPM? Tak logik kan? Adoyai

Matlamat utama hidup kita kat dunia ni pasai paaa? Allah tetapkan yang kita waaaajib beribadah kepada Allah! Apa yang terjadi baik atau buruk kita kena fikir ada hikmah tersirat yang menanti. Jangan pernah mengeluh k uolss. Jom kita dok bersila tutup mata fikir apa tujuan hidup sebenar kat dunia ni. Cerita ni bukan cerita semata mata tapi untuk difahami dan dihayati. Untuk para pembaca and aku jugak. :)

With love,
AisyahAzman.





1st Segmen Blogwalking by Cik Ash

//Assalamualaikum and hello guys\\

meh meh meh join segmen blogwalking by Cik Ash. :)
boleh tambah kenalan sambil eratkan silaturrahim bersama.
terbuka kepada semua blogger.

klik banner bawah ni tau.




With love,
AisyahAzman







Friday, November 7, 2014

Examination

//Assalamualaikum and hello guys\\

well well well well well *cough*
apa yang well? 
examination make me feeling well. maybe. kot.

bukti feeling well sangat lah ni kan? 

i knew that sekarang ramai student tengah struggle final exam including adik adik PT3 yang baru merdeka kononkononnya, adik adik SPM jangan pecah kepala sudah, kengkawan sebaya STPM ceh aku perasan macam dah habis sekolah and tak lupa akak abang yang hambik asasi dipl degree sewaktu dengannya. 

actually, of course aku nak say good luck for all of you yang dok struggle belajar sokmo 24 hours 7 days. good good good. keep it up!
but please avoid yourself from pressure too much. 

pernah dengar cerita budak tengah jawab exam tibatiba muntah muntah? 
haaa yg over dari tu pon ada kan?
confidently, aku rasa siapa yang muntah masa exam tu mesti muntahkan segala bacaan hafalan dia semula kan kan kan eh? oh pity them. 

so, dont torture yourself and just be relax cool chill smile and take a selfie maybe? 
sebab depan kamera je kita boleh sengeh senyum alahai macam bahagia padahal dalam hati debar nak exam Allah je tau. am i right?

and last, bila dah usaha mesti dilapisi berlapis lapis dengan doa doa doa. then tawakkaltu 'alallah. yang penting istiqamah. 
In Shaa Allah sesungguhnya Dia Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. :)


banyak cara nak tenangkan diri. antaranya menari tapi bukan kat public macam ni. -,-

With love,
AisyahAzman

Thursday, November 6, 2014

Tips bila feeling down.

//Assalamualaikum and hello guys\\

So how today?

Feeling down? 
Bencik. 
Memang benci kalau rasa down. 
Rasa macam nak tarik rambut Rapunzel sampai berguguran.

Pernah rasa? 
Tak?
Tipuuuk.

tenangnya touch up depan khalayak ramai wo -,-


iols ada tips kalau kita rasa down, stress, depress, tension apa tindakan yang kita patut buat on the spot.

We're muslimin muslimat right? 
So be matured k guys? 
Thinking before doing something.

1) Bila rasa stress, pejam mata lama lama tarik nafas dalam dalam be cool.

2) Ucap Astaghfirullahal'aziim seberapa banyak selagi mampu sambil lari masuk bilik air ambil wudhu'.

3) Pergi capai Al-Quran / Al-Ma'thurat / Manzil, then baca ayat ayat Al-Quran agar diri rasa cool even for a little bit.

4) Baca Surah Ar-Rahman confirm tenang serius tak tipu. Sebab iols dah rasa tenang gila lepas baca.

5) Baca surah Al-Fatihah berulang ulang kali dengan tenang khusyuk tawaddhuk. 

In Shaa Allah uols gerenti akan rasa wow happy tibatiba rasa macam nak terkinja kinja. 
Ketenangan akan sentiasa dirasai kalau kita ingat ingat ingat dan ingat Allah sesungguhnya hanya Dia Yang Maha Mengetahui Maha Berkuasa Maha Pemurah lagi Penyayang. 

Sekian. Short tazkirah. Ada apa apa tambahan lain? Komen k komen. ehe.
Tidur dulu jazakallahu kheyr. 
With love,
AisyahAzman.