Suka blog AisyahAzman?

Thursday, November 20, 2014

Matlamat hidup apaaa?

//Assalamualaikum and hello guys\\

filter hiks.

Korang pernah terfikir kenapa kita kena belajar beriya iya bermati matian sampai berjaya?
Kenapa kenapa kenapa? 
Aku tau apa sebabnya!

-''mama papa bangga ada anak macam kamu. cantik bijak pulak tu.''

-''bolehlah kamu balas jasa mummy daddy bila dah dapat kerja bagus nanti.''

-''dapat kerja bagus senanglah kau bayar hutang segala nanti.''

-bila makcik makcik kat kampung tanya ''anak kau kerja apa?'' 
mak slumber jawab dengan bangga ''bakal ketua bank negara". amboi. memudahkan mak abah jawab soalan sekampung dengan slumber sokmo.

But!!!!!!!!!!!

Bila failed or tak dapat masuk u?!!!!!!

-''apa kau buat masa sekolah dulu ha?!''

-''cemane nak bayar hutang PTPTPTPTPTN kamu ni?!''

-''apa mak nak jawab kalau orang kampung sebelah tanya apa lulusan kau?''


Cikgu aku pernah cerita pasal kawan dia. sila teliti and muhasabah muhasarawak diri k?

''Dulu saya ada sorang kawan. kenapa dulu? sebab dia dah meninggal lama dah. Arwah bijak sepanjang saya kenal dia. Dia antara pelajar cemerlang sekolah. Lepas SPM, dia dapat offer belajar jauh tambahan lagi dengan kos yang awesome. and guess what kalau tak silap saya, dia dapat full scholarship. Tapi, dia reject semua offer. Dia reject U mentah mentah. Kesian U tu. Bila saya tanya kenapa reject peluang yang ada depan mata? Dia just senyum and jawab dengan tenang yang dia taknak tinggalkan kampung. Mak dia sakit. Abang kakak dah kahwin. Dia ingatkan saya yang rezeki datang dari Allah. Dia berkeras untuk jaga lembu-lembu arwah ayahnya daripada terpaksa pergi jauh untuk belajar and tinggalkan maknya yang terlantar sakit. Nekad seorang anak soleh and hamba yang mengingati kekuasaanNya.

One day, saya bergegas balik kampung bila mak saya call to inform me that kawan yang saya kagumi dah meninggal dunia dek kena sambar kilat masa dia bawak lembunya carik rumput. Saya tergamam.  Taaaaapi! Bila saya tengok wajah arwah untuk kali terakhir, arwah dalam keadaan senyum. Wajahnya bersih tiada sikit pun kecederaan sedangkan lembu dalam jagaannya rentung satu badan. Arwah cuma terbakar pada bahagian kepala je sikit. Semua orang pelik jadi kenapa macamtu. Bagaikan satu keajaiban. Menurut seorang pakcik penggembala kambing, harihari dia nampak arwah duduk kat bawah pokok baca Al-Quran sementara tunggu lembunya makan. Baru saya faham kenapa arwah meninggal dalam keadaan macamtu.''
-kisah benar-

Korang paham tak point dalam cerita aku tu? 
Conclusionnya, jangan letakkan kejayaan dalam akademik sebagai matlamat hidup kita. 
Aku tak paham kenapa ramai parents yang push anak belajar sampai anak tak rasa kemerdekaan dalam diri langsung. Lagi aku tak paham bila parents marah anak habis-habisan semata mata tak dapat 5A dalam UPSR, 9A dalam PMR, 11A dalam SPM? Tak logik kan? Adoyai

Matlamat utama hidup kita kat dunia ni pasai paaa? Allah tetapkan yang kita waaaajib beribadah kepada Allah! Apa yang terjadi baik atau buruk kita kena fikir ada hikmah tersirat yang menanti. Jangan pernah mengeluh k uolss. Jom kita dok bersila tutup mata fikir apa tujuan hidup sebenar kat dunia ni. Cerita ni bukan cerita semata mata tapi untuk difahami dan dihayati. Untuk para pembaca and aku jugak. :)

With love,
AisyahAzman.





4 comments:

  1. bergenang airmata membaca cerita kawan awak.
    Baiknya dia berkorban demi emak ayah dia.
    Lupakan segala impian besar yang mungkin dia ada.
    Allah lebih menyayangi dia, semoga Allah mengampunkan dosa2nya, meringankan seksa kuburnya & semoga Allah tempatkan dia disyurga nantinya. Amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnnnnnnn? semoga syurga menunggu arwah :)
      In Shaa Allah

      Delete
  2. MasyaAllah , mulianya hati kawan cikgu awak tu, sedih dengar cerita dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedih jugak bila dengar. ambil iktibar daripada apa yang jadi :)

      Delete

komen sini thanks dearies:)