Suka blog AisyahAzman?

Thursday, December 25, 2014

Bila gigi dipagar. Bila braces digigi. #PartTwo

//Assalamualaikum and hello guys\\

Setelah berhari-hari tak update blog even blogwalking sekalipun, aku kembali dengan jiwa yang berkobar-kobar untuk meneruskan cerita pasai braces #PartTwo. Yaaa, sebagai perkongsian. 
Aku yakin ramai orang kat luar nun yang tengah buat research lagi details tentang pengalaman individu si braces user. 
And why not aku share pengalaman aku kan? 

Well, before ni, aku dah cerita sedikit sebanyak dalam INI (klik).
And, now i will story more and more about braces and i.

saje bagi engkoghang tengok gigi aku dari jauh je. kualiti kamera teruk hoi.

Awal-awal aku pakai braces, ramai kengkawan aku yang tegur ''eh kau dah pakai pagar!'', ''eh kau dah ada besi kat gigi!'', ''eh ada 'duit beribu' kat gigi kau!''. *deep*
Ada juga yang marah, perli dengan penuh sinisnya oh nasib baik aku penyabar. hehe.

Dugaan utama pakai braces adalah bila kita bercakap, nganga mulut je rasa wow awkward gila rasa macam ada penghalang rasa macam tergigit besi yang kental sungguh. *tatabahasa lemah*.
Haa, future braces user, bila pakai braces ni, hati kena tabah menghadapi hari-hari mendatang sebab air liur akan melimpah ruah berkumpul dalam mulut lepastu gulp!! automatik telan air liur sendiri dengan penuh keredhaan. lepastu sendawa kenyang telan air liur ekeke.

Pengalaman first aku pakai braces yang paling tak boleh bla bila aku bercakap dengan kawan aku, bukannya kawan aku dengar aku cerita tapi dia fokus kat gigi aku. Mata sampai naik juling.
Bila on the spot aku tutup mulut pakai tapak tangan aku, barulah dia terjaga dari ketermenungan dia menatap gigiku. *tatabahasa makin lemah*
Kongasam punya budak. tenung ayaq liuq aku kah? 

Atau bayang duit kat braces aku? 
'macam mana aku nak ragut braces dia ni? Kalau dapat, lepastu jual fuuuu boleh beli Sony Z3.' plan hati kecil kawan aku agaknyaa. Astaghfirullahal'aziim teruk tahap buruk sangka aku.
Atau kagum tengok gigiku bersinar?
Shine bright like a diamond!

Macam aku pakai braces yang straight line and 'available on off.'
Available on off yang aku maksudkan tu boleh cabut anytime. 
Agak agak boring je pakai braces, ha teruih pergi toilet bukak braces tu and keep it properly dalam satu tupperware khas kecil comel je (biasanya dentist yang baik bagi tupperware tu free). ceh..
Alaaa tempat letak gigi palsu atok atok kita tuuu. 

Tapi seelok-eloknya, pakai je lah elok-elok biar lekat kat gigi. Jangan gatai-gatai on off on off off off off on. Kang terlepas target dentist. Elok-elok dua tahun tempohnya kang tak pasal-pasal up ke empat tahun ish ish ish.

Available on off on off on off (aku punyaaa)
Tapi, tak semua braces user sama dengan aku. Contoh paling dekat, kak FL (Fatin Liyana) pakai braces yang lekat molek je kat gigi. 
Depends pada gigi kita jenis macam mana. kot. ehehe.

jenis ni dok static je kat gigi and doc yang tukarkan colour bila check up.

Cukuplah sampai sini coretan aku tentang pengalaman aku hokey!

Kalau ada sebarang pertanyaan, aku akan sambung dalam #PartThree sebagai respons kepada soalan engkoghang. (kalau ada)
By the way, happy reading! Sesiapa ada pengalaman macam aku meh share! 
got to go to sleep to hug my hunny bunny bear bear orange colour~ harini braces 'off'. Malas nak pakai oh buruk perangai.

With love,
AisyahAzman.






No comments:

Post a Comment

komen sini thanks dearies:)