Suka blog AisyahAzman?

Thursday, December 4, 2014

Kita Syabab Islam!

//Assalamualaikum and hello guys\\

Hye December!

Last month of 2014 gitchewww. Lepas ni masuk tahun baru dah. 2015. 
Wah macam baru semalam aku daftar tadika. Rupa-rupanya dah nak masuk 20 tahun. 
I dont believe it! Sedih serius sedih tak tipu ni. Tahun ni bulan ni last aku ada angka 1 kat depan. Next year buka buku baru dah masuk 20-an. Mimpi apakah aku?!!


Oh please lah wake up wahai diri.
Kengkawan yang sebaya aku, hai hai hai dan hai.
Kamu percaya tak yang tahun depan kamu 20 tahun. Bukan 20 bulan bukan 20 hari beb.
But all of us must step forward.
Ketentuan Allah segalanya. Masa cepat berlalu? Ya, memang masa semakin pantas berlalu meninggalkan kita dan kenangan.
Sedarlah wahai diri serta sahabat handai mahupun pembaca (kalau ada), semakin meningkat usia kita, semakin matanglah pemikiran kita dalam apa jua tindakan yang kita lakukan.

Wahai remaja remaja di luar, apa yang kita dah buat kat muka bumi ni sepanjang kehidupan kita selama 20 tahun?
Sedangkan Sultan Muhammad Al-Fatih sahaja sudah hampir menakluki Constantinople.
Sedangkan Arwah Ahmad Ammar sahaja sudah pergi meninggalkan dunia dalam syahid fi sabilillah.
Sedangkan Arwah Siti Hajar yang baru meninggal dunia tahun 2013 ketika berusia 20-an sahaja pergi meninggalkan dunia dalam keadaan tenang.
Bagaimana kita?

Haa umur dah 20-an kan, jom kita renungkan kita fikirkan kita dalami segala apa ringkasan yang aku katakan.
Sememangnya coretan aku terlalu ringkas namun mungkin terselit sedikit kesedaran dalam diri kita semua terutamanya aku sebagai penulis yang tiada apa-apa. TIADA APA-APA.

Allahu.
Berilah kematangan fikiran pada kami terutama remaja generasi Dinul Islam di muka bumi ini agar lebih berfikiran terbuka dan mampu berusaha ke arah redhaMu.
Moga Allah redha.

Cukup tazkirah ringkas yang mungkin hanya terdapat satu point yang boleh dihayati bersama.
Aku bukan pendakwah bebas mahupun ustazah, tapi aku manusia biasa yang gemar meluahkan dalam coretan.

Kita apa ?!!!
Syababul Islam!!!!
*Mari kita laungkan depan laptop/komputer*



Syabab = Remaja.
Dinul = Agama

With love,
AisyahAzman.

2 comments:

komen sini thanks dearies:)