Suka blog AisyahAzman?

Wednesday, December 3, 2014

Sharing is caring.

//Assalamualaikum and hello guys\\

Aku pernah cerita macam mana aku dan Ayie jumpa kat SINI.
So aku nak sambung selanjutnya.
Dari dulu sampai sekarang, everysingle thing kitorang akan share. 
Even pasal harini makan apa, sekarang tengah buat apa, kejap lagi nak pergi mana and others. Kitorang duadua anak bongsu so matured macam mana pun pemikiran, still ada sifat kebongsuan terselit dalam diri gitu kan. Kerja nak mengadu aje masingmasing. Hehe. Yelah, nak ngadu kat abang kakak masing masing ada keluarga sendiri dah.


Well, kaki report dalam segala hal even sekecil kecil masalah confirmlah aku. Kenapa eak? Bila aku fikir fikir and terus fikir baru aku faham kenapa aku suka cerita segala masalah kat Ayie. Sebab utama adalah he is the best listener. Siapa lah yang tak selesa bila ada masalah tengah feeling down habis cerita beriya iya and listener tu focus betul betul dengar cerita kau. Masalah aku yang dah dua tiga tahun lepas yang aku dah lupa pun In Shaa Allah Ayie still boleh ingat lagi. Nampak tak bahawasanya Ayie ni bukan jenis orang yang take easy dalam segala hal. 

Bagi kitorang, apa jua masalah yang patut diceritakan, lebih baik share daripada berdiam diri dan pendam sorangsorang. Kitorang masingmasing ada bestfriends forever after and so on but generally, alls have their own problems right? Dalam per''sahabat''an baru je hampir 4 tahun, segala masalah memang dikongsi. Especially, pasal kerja, pasal belajar, pasal kawan, pasal diri. Sahabat sejati ada masa susah senang kita and he is my father, brother and bestfriend. 

Kata orang, nak pilih pasangan biar sekufu. Ada betulnya jugak sebab bila sekufu, In Shaa Allah takde masalah pasal cita rasa. Lagi-lagi bila keluar, nak pilih port makan senang, kedai mamak tepi jalan pun layan. Ada certain orang jenis high taste memilih bab makan lebih kepada high class restaurant such as Old Town White Coffee, Secret Recipe and others tapi kitorang? Agak-agak tekak ni gatal nak makan kat tempat-tempat macamtu, baru lah pergi. Sekali sekala takde masalah kan? Pulaknya duadua tekak kampung. Bila lunch ke apa, kalau boleh cari nasi campur je sampai jumpa. Agak-agak takde baru gigihkan tekak makan mee ke, tomyam ke, fast food ke.

Orang kata anak bongsu tak boleh dengan anak bongsu. Tak sesuai. Siapa kata? Hish, dalam istilah kamus hidup aku, ayat tu tak betul. Rasa suka, sayang, cinta tu semua fitrah semulajadi. Tak kira daripada siapa kepada siapa. Kalau dalam relation duadua anak bongsu macam aku and Ayie, confirm salah seorang akan lebih matang. Tak percaya? Nanti kau akan jumpa. mihmih. Kadangkadang someone sayang his/her lover bukan dari perkataan tapi perbuatan.

Contohnya, satu hari, aku ni angin apa entah ngidam nak makan pisang goreng cheese. Tekak ni memang rasa gatalnya nak makanan tu. On the spot, ngada ngada aku sampai, terus report kat Ayie. Tang tu jugak, keluar pergi cari pisang goreng cheese samasama kat gerai makcik pisang goreng. Tiba-tiba gerai tu closed! Ralat betul aku sampai menangis nangis nak benda tu. Buruk perangai. Hai lah terang dah bongsu nyaa. Then, hari lain kitorang keluar, kebetulan aku nak pergi bank and Ayie ada hal dekat dekat situ so he let me alone. Lama aku tunggu Ayie datang ambil aku. Bila dia ambil aku semula, guess what kat seat sebelah driver?
He bought pisang goreng cheese for me! Melompat aku suka benau. Yelah, apa yang kita nak dapat. Lagilagi makanan yang kita idam idamkan. Rasa macam whoa heaven betul. Dua bekas lagi hamekau. Terus grab bekas tu bukak and makan! 


And now, dah tak kempunan pisang goreng cheese dah! ehehe.

With love,
AisyahAzman.


2 comments:

komen sini thanks dearies:)