Suka blog AisyahAzman?

Friday, October 2, 2015

Bajet tunang agak murah by #ashaazman #PartOne

//Asalamualaikum and hai semua\\

Siapa baru lepas engagement day? *put your hands up!* Tahniah adik kakak abang semua siapa yang baru lepas first step (tunang) tewww. 
Ingat! Baaaaru first step! Maka bermulalah segala dugaan engkorang mihmihmih moga tabah semua!
This entry, aku nak bagi pandangan aku pasal bajet tunang etc. 

Untuk para remaja yang plan nak bertunang, tahniah sebab dah planning daaaan pada pendapat aku, tunang ni takyah lah dok buat besaq besaq panggil sekampung siap pasang khemah siap pelamin gah letop letop uish buakpewwww leww bazir dah tu. 
Aku sangat taksetuju bila engagement day, bajet lari sampai cecah RM 10000 ke atas. 
Tumbang lembu kerbau unta kah?!
apa yang aku cakap ni bukan mainmain tau sebab hakikatnya ada yang sebegitu rupa. 
seriously beb guwa taktipeuwww euwwww
ohmy! RM 10000 boleh belikan bakal bini awak kereta kancil warna merah pon pon pon pon pon pon pon sejibik! kancil tu pula kalau di modify boleh nampakkan macam rusa eh! ehe *lap peluh* 

Tapi sebenarnya, itu semua terpulang atas individu tu sendiri. 
Ada yang sangat mampu, teruskan.
Kalau korang lebih kurang umur macam aku dan poket zero macam aku jugak, no need lah bazir.
membazirkan sedare setan ekekekekeke.

Based on my experience, tunang ni takyah heboh pun takpe. 
Setakat makpak lelaki vs makpak pompuan lepaklepak minum petang samasama lepastu deal bila anak engko nak kahwin dengan anak aku ha lepastu nak bajetkan belanjawan masa kenduri dan bla bla bla bla gitu kan mudah.

Bajet tunang dakdak yang memang nak save gilagila punya! (baca dan kira kos di bawah)

PIHAK LELAKI

1) Dulang hantaran
- kasut = RM 80
- kain meter = RM 50
- beg tangan = RM 30

2) cincin sebentuk = RM 300 (tapi confirmlah ada yang lagi murah kan? dan kalau pandai tawar menawar masa beli laaaagi save bro)

PIHAK PEREMPUAN

1) Dulang hantaran
- kasut =RM 100
- kain meter plain= RM 40
- buah-buahan = RM 30
- bahulu span = RM 20
- towel = RM 25

GOODIES (kalau nak bagi tetamu, buat sendiri) = RM 200

NO PELAMIN NO KHEMAH MAKAN NO PHOTOGRAPHER NO GOODIES YANG TERLAMPAU BANYAK.
Bajet untuk makanan berat (nasi, lauk pauk segala) mungkin dalam RM 500 (kalau jemputan takramai), tapi biasanya untuk bahan basah/mentah ni, sedare mara ada yang sponsor punya even sikit kihkih.

See? Atas tu bajet yang agak moderate lah kan.
Tapi kalau nak kurangkan lagi harga or barangbarang segala tu, depends. Dan laaagi bagus tau kalau korang padai manage bajet bagi agi murah tapi bermakna.
Aku buat anggaran je tu. Dan apa yang aku listkan kat atas tu adalah berdasarkan pengalaman yang pernah aku lalui.
Sebab kalau ikut kisah aku, lagi simple matey hidup balik pun memang simple! haha.

Kenapa takde sirih junjung? sebab kalau aku lah kan, aku takmakan sirih so terus out of list. ahha. Tahu dah aku tak ikut adat, tapi emmmmmmm nanti entry akan datang aku sambung lagi eah.
Mungkin sebab kita ni taknak lari daripada adat sampaikan lupa mana wajib mana haram mana harus mana makruh ha dah nak masuk hukum hakam pulak dah kahkah, 

Aku nak cakap lebih lebih, aku ni bukan ostajah or orang alim. Aku masih jahil. Tapi mana yang aku rasa aku patut share, aku share. Kau baca dapat pahala, aku tulis pun dapat pahala Subhanallah Maha Pemurah kan Tuhan?

(adik, awak dah kirakira bajet segala jangan pula dok terkinja kinja nak kahwin lepas baca entry aku ni ekeke).

Last, abaikan apa orang keliling yang kepoh dok mengata awak kahwin awal n bla bla bla. Sebab dorang hanya pemerhati. bukan dorang yang lalui. 
Tapi kalau korang rasa taknak kahwin awal, eh sukati koranglah, korang yang lalui. 
Pesen orang bezabeza hahaha. 

//Yang baik datang dari bantuan ALLAH, yang buruk datang dari kekurangan diri yang noob dan terlampau 'rendah' ini.

wow! murahnya bajet tunang engko senah!
Kalau ada silap, mohon maaf dan mohon perbetulkan.

With love, 
AisyahAzman

Tuesday, September 29, 2015

Dont give up! Husnudzon.

//Assalamualaikum and hai semua\\

Kenapa kadangkadang bila kita takdapat something yang kita inginkan, kita PUTUS ASA? 
Tell me why?!
Dan aku juga macamtu. "Putus asa". Tahu dah Tuhan paling taksuka hambaNya yang mudah putus asa, tapi kenapa yang Tuhan taksuka, yang tu juga lah yang kita buat? 

k aku taknak taip panjang lebar but zero, aku nak cerita. harapnya bukan baca semata-mata, mohon dijadikan ibrah dan ambil mana yang baik dan muhasabah diri dan sedari bersama. 

Aku ada sorang kawan yang saaaangat baik di mata aku.
Mungkin ada yang nampak beliau biasa-biasa jerrrrrr, tapi bagi aku, beliau berjaya mengajar aku erti kesabaran dan sentiasa berada dalam keadaan husnudzon (positive thinking).

Beliau bukan budak u yang berjaya, bukan student luar biasa, bukan orang berada.
Beliau biasa-biasa. Beliau budak lepasan espiyem (SPM. budakbudak sekarang, ejaan semakin mengada ngada ekeke), result budak tido katanya. 

Beliau taksambung study lepas SPM, tapi beliau semakin berjaya sekarang. Berjaya yang aku maksudkan bukanlah berjaya harta benda segala, tapi yang kita takdapat gambarkan kejayaan beliau tu.
Sekarang, aku masih merangkak memasuki alam degree, tapi beliau dah berjaya bagi makpak (mak bapak) beliau merasa duit gaji beliau setiap bulan.

Satu contoh yang aku nampak pada beliau. Beliau takpernah putus asa. 
Even kawankawan majoriti sambung belajar, beliau terus cari kerja tanpa putus asa. 

Beliau pernah diperkecilkan, dan beliau sentap, tapi beliau takpernah putus asa. 
Beliau pernah jatuh sejatuh jatuhnya, tapi beliau takpernah putus asa. 
Beliau pernah bankrap masa jual burger (masatu umur baru 14 tahun), tapi beliau takpernah putus asa.
Beliau pernah mancah (ambil upah tebas kebun orang) masa bulan Ramadhan dengan panas terik, tapi beliau takpernah putus asa. (masatu umur baru 15 tahun).
Beliau pernah kerja kedai makan masa zaman sekolah (umur 16 n 17 tahun), tapi beliau takpernah putus asa.

Dan sekarang umur beliau 20 tahun(sebaya aku), beliau ada dua pekerjaan. Beliau takpernah putus asa. 
Beliau tengah buat tu haa alaa PJJ (pembelajaran jarak jauh) di sebuah universiti tempatan. Beliau masih tak putus asa.
Aku salute dengan beliau. 
Hamdallah. Aku nampak "kesenangan" beliau sekarang ni. 
Kuncinya, jangan pernah putus asa. Doa, usaha, tawakkal!

"Belajar setinggi mana pun, tapi kalau tetap jadikan putus asa tu sebagai pendamping diri, jangan rasa yang kau dah hebat." *deep*

"Jangan giveup, rezeki dan segala kesenangan Allah yang bagi. Kita senang tu ujian, kita susah pun ujian. Jangan pernah giveup."

"Tak kisah pun kawankawan belajar tinggi tinggi, sebab Tuhan ada sesuatu yang indah untuk kita. Percayalah."

Aku tahu masih ramai lagi kawankawan, kakak abang adik yang sebaya atau senior atau junior aku yang mempunyai pemikiran macam kawan aku ni. 
Anda hebat! Teruskan dengan perangai baik gitu!

Last, aku salute!

Thursday, April 2, 2015

Instagram. Warning and begging.

Assalamualaikum and hi you alls.

Nowadays, sedia maklum memang stegrem (Instagram) dah jadi satu laman sosial yang femes or trending jugalah kot.
Aku pun suka login stegrem sebab aku suka tengok kepelbagaian gambar kreatif rakyat Malaysia, photographer yang berbakat A+ punya, iols bangga iols bangga. Tepuk tangan.

So ya *tengok tajuk*.
Aku tak faham pula pesen manusia macam ni?
Apa yang dikejar aku pun tak reti nak explain. Aku yang buntu.
Sebab aku serabut.
Bila login stegrem sesaje nak tengok gambar gambar idola idola iols, mesti akan jumpa "followback please" kat mana mana gambar.
Terus hilang mood satu hari satu malam sampaikan nak tidur pun nampak lagi ayat tu peh peh teruk betul.

Yang paling kenot go jauh, bila buka stegrem orang lain sebab nak follow tibatiba ada pula warning kat bio dia
"unfollow? i will kill you!"
"unfollow? BLOCKED! SORRY"
"unfollow detected and how dare you unfollower so do you think who you are bla bla bla"
Pengsan. Terus matikan niat nak follow stegrem manusia macamtu sebab seghiau pula ayat dia, mesti kaki maki kaki pukul ish terus fikir negatif. bencik. -_-

Dan aku taknak terkena ayat yang bukan bukan tu telah pun terkena.
Paling tak tahan, iols gelak sepatah dua sebab ayat dia kat gambar aku macam ni "sis, follow pleaseeeeeeeeee sis. if u follow me, i will follow you back. please sis" k aku baca lepastu aku tak endahkan.
Lepastu tak sampai sejam, orang yang sama komen kat gambar aku yang lain pula, "please follow me sis. hopefully sis. pleaseeeeeeeeeeeee thankyou". Sesak nafas. Terus delete gambaq.
Hahahahahaha adik, janganlah buat macam ni kat stegrem orang lain adik oi!

Boleh tahan lagi kalau instashop nak promote bisnes diorang, tapi yang tak tahan part minta follow lepastu ada ayat warning bagai seram aku seram.

Macam manalah perasaan retis retis sebab lagi pelbagai komen and ayat iyang dorang dapat.
Haha stegrem oh stegrem.

Thursday, March 26, 2015

Demam aduhai diri

Hi alls.

Demam? Siapa demam? Syafakallah/Syafakillah, kamu insan terpilih untuk demam. ekeke.
Aku pun baaaaaru je sihat almaklumlah orang demam bila dah sihat rasa macam semua benda nak buat bebajet macam tough gitu haaa.

Lagipun sekarang cuaca panas je. Hujan kejap kejap lepastu panas semula.
Masha Allah.
Alhamdulillah Allah Maha Bijak Mengatur. Bagi sesiapa yang tengah membaca entry ni dalam keadaan demam, semoga dosa dosa kecil anda terhapus em emmm.

Tapi, aku nak share sikek apa yang mak tercinta buat sepanjang aku demam.
Rasa macam disayangi sungguh masa demam tu haa.
Mana tidaknya, kau nak makan apa? Mak buatkan. Kau nak minum air apa? Mak bancuhkan. Kau nak mandi ke apa? Sini mak jiruskan.
Dan rasa macam whoa special sungguh si pendemam ni. Saaaaaayang mak ketat ketat lebih daripada level sayangnya abah kat mak kehkeh.

Dannnn sepanjang aku demam, setiap malam mak akan masuk bilik aku dengan membawa satu mangkuk sederhana yang agak cantik bersinar sinar ingatkan makanan, rupanya daun bunga raya yang banyak dicampur dengan air sertaaaaaa berlendir euuuuuw.

Disebabkan aku ni sememangnya anak kampung tiada apa apa pelajaran je ada lalalalalalala *hancur lirik*, makanyaaa mak aku memang banyaklah petua itu dan ini.
Kalau orang kampung, diorang panggil 'jelum' ke apa ha aneh sikek nak nyebut pun tak reti aku (orang muo joho).
Aku panggil tuam lah. Lebih kurang je gayanyaa ekeke.

Mak sanggup bersengkang mata semata mata nak anak manja ucuk ucuk sorang ni baik n back to normal.
Well, mak kata daun bunga raya kalau disapukan kat keliling kepala In Shaa Allah rasa sejuk je kepala si pendemam.
And i was feeling it!
Rasa lega berganda ganda.
Memang dari kecil, aku ni pesen kalau demam je haa tepekkan aje daun bunga raya buat sejuk sejuk kepala dan boleh mengurangkan suhu kepanasan aku kehkeh.

Lagi satu, kalau tak daun bunga raya kebanggaan kita rakyat Malaysia pun, mak akan guna daun lidah buaya and buatlah benda yang sama dannnnnn hasil, sejuknyaaaa Ya Allah.

Macam mana teruk sekali pun kita sakit, pasti ada penawar.
Macam mana bagus sekalipun sihatnya kita ni, jangan lupa diri jangan lupa Allah.
Sebab bila kita dah sakit dan lupa semua tu, buat cara macam mana sekalipun, kalau Allah kata tidak untuk sembuh, so tidaklah.



Saturday, March 14, 2015

Typical Malaysians

Hi alls.

i tak suka orang yang suka berpolitik segala bagai hikhok because i think that benda tu semua akan mendatangkan satu pergaduhan yang kalau tak besar pun asalkan dah nama pergaduhan, menyusahkan eak eak eak (orang joho).

Takde masalah pun kalau nak keluarkan some ideas pasal o parti tu bagus eh parti ni bravo, memang takde masalah.
Tapi akan jadi masalah bila wujudnya certain emotional people yang kemain rasa macam nak cincang lumat orang lain yang berselisih fahaman politik dengan dia.

Apa kesannya?

Apa?

Apa?

Dan aku mohon pada seluruh rakyat Malaysia, sila kurangkan tahap emosi anda lagilagi yang pesen keyboard warrior.
Boleh menyatakan pendapat masingmasing tapi jangan sampai bergaduh ok ok ok ok ok?

Pleaseeeeeeeeeee ekekeke.

Friday, February 20, 2015

Nak kahwin tapi tiada duit.

//Assalamualaikum and hello guys\\

Sekarang ni, aku perasan and of course engkorang pun ramai yang perasan bahawasanya kahwin muda itu dah macam satu trend. Macam dedulu dah. Back to nostalgia gitu haaaa. 
Perkara ni memang realiti kehidupan remaja sekarang. 
Makbapak sekarang semakin open-minded dan memahami anak-anak. Tahniah for those yang telah berumah tangga padehal umur baru 18 tahun etc. 
Semoga korang berjaya menempuh ujian yang mendatang. 
Anda adalah insan yang terpilih kerana bertemu jodoh awal ecewah.

Itu bagi remaja yang beruntung sebab dipermudahkan dalam urusan perkahwinan seawal usia mereka. Tapi tak semua orang ada nasib yang serupa right? 
Mengikut pemerhatian aku, majoriti remaja yang masih belum berkahwin even bertahun dah bercinta adalah disebabkan DUIT.
Absolutely, DUIT is the most important thing for us. Takde duit cemane nak survive hidup kita ni wey. Takde duit cemana nak beli rumah empat tingkat, ferrari dua biji, volkswagen share dua orang pun mungkin susah untuk kita cari tanpa duit. 

google image aku cilok
Beb, sekarang ni takpayah tunggu beli benda alah tu semua, nak bagi anak dara orang duit hantaran RM 10,000 pun boleh tercekik tulang ikan parang wei. 
Aku memang salute for parents who are sanggup gilaaa support wedding anak dia semata-mata nak tengok anak dia bahagia. 

Dan masalah duit juga adalah masalah yang jadi punca aku dan Ayie terpaksa menangguhkan hasrat kami untuk membina masjid bertatahkan berlian wahhh memang tak capai hajat kalau begitu.
Ya, kami masih muda. Baru 20 tahun. Planning nak kahwin agak berat bagi kami untuk realisasikan dalam masa terdekat ni. 
Sebab kami bukan anak yang terlampau dimanjakan dengan duit dan harta benda.
Jadinya, selagi tiada duit, harta, rumah etc, susahlah untuk kami meneruskan hajat di hati perghhh ayat skema juga kekadang.

Walau apa pun jadi, aku kena terus berusaha untuk tolong Ayie, samasama kumpul duit dan make our dream become reality.
Wei kami ni dah nak masuk limatahun makanya memang kami takmau tunggu lama-lama sebab tak elok kan?
Seeloknya dipercepatkan. 

Sekarang, rela atau tidak, aku tetap berusaha untuk cari kerja tetap demi mencapai hasrat yang satu itu. 
Lepastu, barulah aku akan puas hati hahahahahaha *tak sedar tanggungjawab lagi berat lepastu*.
Alhamdulillah, family kedua-dua belah pihak setuju dengan hubungan kami. 
Semoga segalanya dipermudahkan. Dan kami pasti ni ujian Al-Khaliq untuk test level kesabaran kami. 

So, nasihat aku pada anak-anak muda remaja, bersyukurlah andai family engkoghang bersungguh-sungguh support percintaan korang and mendorong korang cepat kahwin kahkah. 
Bagi yang senasib dengan aku, nak kahwin tapi takde duit, hei jangan menyerah kalah. 
Kalau niat baik, Allah mesti tolong. Kau jangan stress sangat kang tak pasal pasal belum kahwin, macam-macam penyakit muncul. 
Just relax, doa, usaha sehabis mungkin, tawakkal. 

Kalau korang nak mudah, buat surat rasmi hantar kat mana-mana jabatan tertentu minta sponsorship fuhhhhh mana tahu kalau ada pihak yang kesian teehee.

With Love,
AisyahAzman.


Saturday, January 31, 2015

Beliau seorang Muazzin

//Assalamualaikum and hello guys\\

Ya. Beliau seorang muazzin. Muazzin part time. 
Masuk bulan ni, dah dekat dua tahun beliau bergelar Bilal. 
Still terngiang-ngiang lagi kat telinga aku ni awal-awal dulu beliau inform me that he was offered by someone to be a Bilal di satu masjid jamek pekan kecil.
Bukan satu tugas yang mudah untuk digalas ya serius. 

Mula-mula tahu tawaran yang Ayie dapat, aku macam tergamam juga lah. Bukan macam, tapi memang tergamam pun. Sebab macam tak percaya wallahi tak percaya hei Ayie masa tu baru 18 tahun k 18 tahun! 
Otak aku ligat fikir macam mana tahap kenakalan Ayie dengan jawatan yang diamanahkan rasa macam takboleh nak ngam dengan jiwa remaja beliau.
Cuak juga aku alahai padahal Ayie cool je takde lah cuak mana. Orang kata cubit paha kiri, paha kanan terasa oh tiada kait mengait. 

Keyakinan mengatasi segalanya. Aku percaya ''sahabat'' aku sorang ni mampu menggalas tanggungjawab yang diamanahkan meskipun berat. So aku pun bagi sepenuh sokongan dengan keyakinan yang memang terlampau yakin sehingga mengalahkan rasa cuak di hati Allah sahaja Maha Mengetahui. 

Actually, antara perkara yang kami fikir masa tu, ''Bilal kan biasanya bapak bapak atok atok.'' 
Tapi tu tak utama mana pun, yang paling pening sikit je tak banyak mana pun, bila kami fikir, ''Bilal kan biasanya suami orang'' ''SUAMI orang'' ''S U A M I orang!'' k masa tu dah berlegar-legar perkataan tu dalam benak fikiranku oh matilah kami takkan kena kahwin kot Ayie tu kalau dah bergelar Bilal? 

Hampir-hampir Ayie reject tawaran tu, but aku lah penghalang segala apa yang beliau rancang. 
NO! Jangan tolak! Ini peluang! Bukan untuk mencari publisiti murahan, bukan untuk mengejar glamour tapi ini amanah!!! Dan Allah ingin menyatakan sesuatu yang belum terungkap. 
Dan akhirnya, beliau menerima dengan hati yang terbuka. Bilal Ayie cewah nama rare sungguh. 

Sekarang, usia kami yang sebaya ni dah masuk 20 tahun. Dan tanpa disedari beliau telah bergelar Bilal hampir dua tahun. Alhamdulillah.

Dari hadapan masjid.
Ni namanya motel. Motel ni menempatkan para musafir yang datang ke Labis. Jadi, takperlu lah cari hotel segala.
Mungkin banyak hikmah tersirat yang menanti kami atau Ayie seorang sahaja. ekeke. Tapi bila dah dapat jawatan cenggitu, pakcik makcik ramai pula berkenan kat Ayie haaa tu tak termasuk hikmah tu dah kira tepi errrr. Bencik. 

Semoga Allah permudahkan urusan kami. Mana tahu antara hikmahnyaaa, masyarakat push Ayie suruh kahwin ke. Yelah lebih afdhal kan orang-orang yang berjawatan kat masjid dah berkeluarga. Untuk elakkan fitnah yang dilemparkan manusia durjana kehkeh.
Okey bye ceh nampak sangat ketandusan idea nak menaip lagi.

With love,
AisyahAzman.

Friday, January 23, 2015

Perubahan bila dewasa belaka.

//Assalamualaikum and hello guys\\

Kedewasaan meningkatkan kematangan pemikiran. Setuju? Aku nak ubah sikit ayat tu. Kedewasaan meningkatkan tahap kepandaian dalam pelbagai masakan jahitan dan segala kewajipan seorang perempuan. Setuju? Sekadar ayat yang meniti di bibir blog semata-mata. Sebab aku masih zero bab bab kerja ala ala keperempuanan ni. Percaya? Dari form one hingga form six, kehidupan aku adalah full-time kat hostel part-time kat rumah. *alasan*

Hujung minggu kalau balik rumah, no homework no cooking no clean this and that only tidur tidur dan tidur. Emak aku? Confirm menyinga! Tapi apakan daya. Bila difikirkan sekali sekala aku balik rumah melepaskan penat lelah sepanjang kat asrama so emak sekadar pekik duatigapat kali suruh aku buat kerja rumah lepastu kalau aku 'bisu', dah malas emak nak pekik lagi. 

Tapi itu semua masa zaman persekolahan aku derr. 2015, umur aku cecah 20 tahun. Nak tidur tidur dan tidur? Berangan minah jenin gamaknya. Memang no chance lagi dah. Segalanya berubah serta-merta tanpa diduga kauuuu! Setiap pagi, aku dapat peluang sambung tidur seminimum minit yang mungkin. Setengah jam tu level paling maksima. Then, emak bukan takat pekik lagi dah. Pintu bilik tidur aku tu kalau dijentik terus roboh, agaknya dah berapa kali lah abah kena tukar pintu bilik tidur aku. 

Perubahan? Yes, memang banyak sangat perubahan bila kedewasaan mengejar kita. 

Dulu, ''jangan bercinta masa sekolah okey! kang belajo ke mane, asyik angau aje.'' 
Sekarang, ''nih mak nak tanya, si 'polan' tu serius ke dengan engko? Kalau serius datang jumpa mak abah.''

Dulu, ''haa ni mak belikan handphone baru, yang penting belajar serajin yang mungkin tau!''
Sekarang, ''dah besar kan? Nak beli apa-apa, cari duit sendiri. mak taknak belikan dah.''

Dulu, ''duduk rumah diam-diam, belajar kat dalam bilik sana! jangan asyik tengok tv aje.''
Sekarang, ''jangan dok terperuk aje dalam bilik tu, meh dok kat depan ni tengok tv.''

Dulu, ''tidur awal! esok sekolah!''
Sekarang, ''aikkk, awal beno tidur? siang tadi angkat berat ke?''

Dulu, ''handphone tu mak campak luar kang. Belajar!''
Sekarang, ''hamboi sengeh sorangsorang, mesej sape tuu?''

Semua tu dialog emak aku. Kenapa emak aje? Sebab emak lah orang paling rapat dengan aku and paling banyak cakap dalam rumah. haha. 
You see what i see? 
Aku yakin bukan aku je macam ni and harapharap masih ramai lagi geng geng senasib dengan aku. ekeke. 

zaman belasan (16 tahun 2011)
zaman umur puluhan (20 tahun 2015)
Ok then, nampak betul perbezaan baru nak up and dewasa bergaya sentiasa kan kehkeh.

Now, aku makin rasa sungguh tercabar apabilaaaaaa ramai betul rakan sebaya dah kahwin. 
Timbul pula rasa jealous dalam diri ah persyaiton itu semua. 
Dan emak pun semakin mendesak aku untuk belajar masak jahit segala. 
Risau betul emak kat anak manja sorang ni. Doakan aku semakin hari semakin bertambah rajin ok! 
Nak selaraskan rajin buat kerja plus rajin tidur choii.

Okey, nak pesan sikit pada adik-adik yang dok hostel tu, sekali sekala balik rumah rajin-rajinlah buat kerja rumah. Jangan jadik macam hakak ni haaa. Pemalas. Dulu lah. Sekarang rajin dah. 

Sebelum diri ini 'dipetik' orang, baik aku tobat dulu kurangkan tidur. Kan nak jadi isteri yang tinggi komitmen kelak ceh kau dah kenapa. Berangan sambil berusaha ok what. Kan dah makin dewasa. 
Dedulu fikir couple putus lah suka orang tu suka orang ni. Sekarang fikir kahwin terus dengan sesiapa yang menerima diri yang noob lagi kerdil ini seadanya. Kan perubahan juga tu mihmihmih.

Ok got to go! Nak kemas bilik dulu! Lepastu masak lepastu jahit tudung sampai tertidur ceh tidur tu wajib disebut. Sekarang aku dah buat tudung bawal sendiri tau! Berkat kedewasaan cewah padahal cincai je. 

With love,
AisyahAzman.