Suka blog AisyahAzman?

Saturday, January 31, 2015

Beliau seorang Muazzin

//Assalamualaikum and hello guys\\

Ya. Beliau seorang muazzin. Muazzin part time. 
Masuk bulan ni, dah dekat dua tahun beliau bergelar Bilal. 
Still terngiang-ngiang lagi kat telinga aku ni awal-awal dulu beliau inform me that he was offered by someone to be a Bilal di satu masjid jamek pekan kecil.
Bukan satu tugas yang mudah untuk digalas ya serius. 

Mula-mula tahu tawaran yang Ayie dapat, aku macam tergamam juga lah. Bukan macam, tapi memang tergamam pun. Sebab macam tak percaya wallahi tak percaya hei Ayie masa tu baru 18 tahun k 18 tahun! 
Otak aku ligat fikir macam mana tahap kenakalan Ayie dengan jawatan yang diamanahkan rasa macam takboleh nak ngam dengan jiwa remaja beliau.
Cuak juga aku alahai padahal Ayie cool je takde lah cuak mana. Orang kata cubit paha kiri, paha kanan terasa oh tiada kait mengait. 

Keyakinan mengatasi segalanya. Aku percaya ''sahabat'' aku sorang ni mampu menggalas tanggungjawab yang diamanahkan meskipun berat. So aku pun bagi sepenuh sokongan dengan keyakinan yang memang terlampau yakin sehingga mengalahkan rasa cuak di hati Allah sahaja Maha Mengetahui. 

Actually, antara perkara yang kami fikir masa tu, ''Bilal kan biasanya bapak bapak atok atok.'' 
Tapi tu tak utama mana pun, yang paling pening sikit je tak banyak mana pun, bila kami fikir, ''Bilal kan biasanya suami orang'' ''SUAMI orang'' ''S U A M I orang!'' k masa tu dah berlegar-legar perkataan tu dalam benak fikiranku oh matilah kami takkan kena kahwin kot Ayie tu kalau dah bergelar Bilal? 

Hampir-hampir Ayie reject tawaran tu, but aku lah penghalang segala apa yang beliau rancang. 
NO! Jangan tolak! Ini peluang! Bukan untuk mencari publisiti murahan, bukan untuk mengejar glamour tapi ini amanah!!! Dan Allah ingin menyatakan sesuatu yang belum terungkap. 
Dan akhirnya, beliau menerima dengan hati yang terbuka. Bilal Ayie cewah nama rare sungguh. 

Sekarang, usia kami yang sebaya ni dah masuk 20 tahun. Dan tanpa disedari beliau telah bergelar Bilal hampir dua tahun. Alhamdulillah.

Dari hadapan masjid.
Ni namanya motel. Motel ni menempatkan para musafir yang datang ke Labis. Jadi, takperlu lah cari hotel segala.
Mungkin banyak hikmah tersirat yang menanti kami atau Ayie seorang sahaja. ekeke. Tapi bila dah dapat jawatan cenggitu, pakcik makcik ramai pula berkenan kat Ayie haaa tu tak termasuk hikmah tu dah kira tepi errrr. Bencik. 

Semoga Allah permudahkan urusan kami. Mana tahu antara hikmahnyaaa, masyarakat push Ayie suruh kahwin ke. Yelah lebih afdhal kan orang-orang yang berjawatan kat masjid dah berkeluarga. Untuk elakkan fitnah yang dilemparkan manusia durjana kehkeh.
Okey bye ceh nampak sangat ketandusan idea nak menaip lagi.

With love,
AisyahAzman.

1 comment:

  1. waaa.. saya pon 18 tapi alahai. menganggur. hehehe. *malu* xD

    ReplyDelete

komen sini thanks dearies:)