Suka blog AisyahAzman?

Friday, January 23, 2015

Perubahan bila dewasa belaka.

//Assalamualaikum and hello guys\\

Kedewasaan meningkatkan kematangan pemikiran. Setuju? Aku nak ubah sikit ayat tu. Kedewasaan meningkatkan tahap kepandaian dalam pelbagai masakan jahitan dan segala kewajipan seorang perempuan. Setuju? Sekadar ayat yang meniti di bibir blog semata-mata. Sebab aku masih zero bab bab kerja ala ala keperempuanan ni. Percaya? Dari form one hingga form six, kehidupan aku adalah full-time kat hostel part-time kat rumah. *alasan*

Hujung minggu kalau balik rumah, no homework no cooking no clean this and that only tidur tidur dan tidur. Emak aku? Confirm menyinga! Tapi apakan daya. Bila difikirkan sekali sekala aku balik rumah melepaskan penat lelah sepanjang kat asrama so emak sekadar pekik duatigapat kali suruh aku buat kerja rumah lepastu kalau aku 'bisu', dah malas emak nak pekik lagi. 

Tapi itu semua masa zaman persekolahan aku derr. 2015, umur aku cecah 20 tahun. Nak tidur tidur dan tidur? Berangan minah jenin gamaknya. Memang no chance lagi dah. Segalanya berubah serta-merta tanpa diduga kauuuu! Setiap pagi, aku dapat peluang sambung tidur seminimum minit yang mungkin. Setengah jam tu level paling maksima. Then, emak bukan takat pekik lagi dah. Pintu bilik tidur aku tu kalau dijentik terus roboh, agaknya dah berapa kali lah abah kena tukar pintu bilik tidur aku. 

Perubahan? Yes, memang banyak sangat perubahan bila kedewasaan mengejar kita. 

Dulu, ''jangan bercinta masa sekolah okey! kang belajo ke mane, asyik angau aje.'' 
Sekarang, ''nih mak nak tanya, si 'polan' tu serius ke dengan engko? Kalau serius datang jumpa mak abah.''

Dulu, ''haa ni mak belikan handphone baru, yang penting belajar serajin yang mungkin tau!''
Sekarang, ''dah besar kan? Nak beli apa-apa, cari duit sendiri. mak taknak belikan dah.''

Dulu, ''duduk rumah diam-diam, belajar kat dalam bilik sana! jangan asyik tengok tv aje.''
Sekarang, ''jangan dok terperuk aje dalam bilik tu, meh dok kat depan ni tengok tv.''

Dulu, ''tidur awal! esok sekolah!''
Sekarang, ''aikkk, awal beno tidur? siang tadi angkat berat ke?''

Dulu, ''handphone tu mak campak luar kang. Belajar!''
Sekarang, ''hamboi sengeh sorangsorang, mesej sape tuu?''

Semua tu dialog emak aku. Kenapa emak aje? Sebab emak lah orang paling rapat dengan aku and paling banyak cakap dalam rumah. haha. 
You see what i see? 
Aku yakin bukan aku je macam ni and harapharap masih ramai lagi geng geng senasib dengan aku. ekeke. 

zaman belasan (16 tahun 2011)
zaman umur puluhan (20 tahun 2015)
Ok then, nampak betul perbezaan baru nak up and dewasa bergaya sentiasa kan kehkeh.

Now, aku makin rasa sungguh tercabar apabilaaaaaa ramai betul rakan sebaya dah kahwin. 
Timbul pula rasa jealous dalam diri ah persyaiton itu semua. 
Dan emak pun semakin mendesak aku untuk belajar masak jahit segala. 
Risau betul emak kat anak manja sorang ni. Doakan aku semakin hari semakin bertambah rajin ok! 
Nak selaraskan rajin buat kerja plus rajin tidur choii.

Okey, nak pesan sikit pada adik-adik yang dok hostel tu, sekali sekala balik rumah rajin-rajinlah buat kerja rumah. Jangan jadik macam hakak ni haaa. Pemalas. Dulu lah. Sekarang rajin dah. 

Sebelum diri ini 'dipetik' orang, baik aku tobat dulu kurangkan tidur. Kan nak jadi isteri yang tinggi komitmen kelak ceh kau dah kenapa. Berangan sambil berusaha ok what. Kan dah makin dewasa. 
Dedulu fikir couple putus lah suka orang tu suka orang ni. Sekarang fikir kahwin terus dengan sesiapa yang menerima diri yang noob lagi kerdil ini seadanya. Kan perubahan juga tu mihmihmih.

Ok got to go! Nak kemas bilik dulu! Lepastu masak lepastu jahit tudung sampai tertidur ceh tidur tu wajib disebut. Sekarang aku dah buat tudung bawal sendiri tau! Berkat kedewasaan cewah padahal cincai je. 

With love,
AisyahAzman.

12 comments:

  1. NICE SHARING...
    SUKA AKAN PENGISIANNYA...
    http://jmbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. terimakaseh sudi membaca entry yg biasa biasa ni.
      sekadar perkongsian. hehe.

      Delete
  2. erm tulisan aisyah seolah-olah nukilan anak gadis kak ana yg semakin meningkat dewasa, barangkali semua emak2 sebegitulah sifatnya kan..singgah sini, manis wajah aisyah di usia 20 tahun.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke? masih kebudak-budakkan ea? hehe. yup. bebelan mak lah yang lekat kat hati n akan dirindui kelak. terimakaseh kak Alhamdulillah pinjaman dari Allah. ;)

      Delete
  3. wahhh.. dah besar makin bertambah manis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. terimakaseh kakak. Alhamdulillah. pinjaman sementara. ekeke :D

      Delete
  4. saya pun sama ler dulu duduk asraama memanjang..tp ada jugak tolong mak sebab kena paksa heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. budak asrama bila balik rumah dapat tidur kat bilik sendiri rasa macam taknak bangun dah. >.<

      Delete
  5. maka, jadilah seorang dewasa yang matang :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. In Shaa Allah. akan kita cari kematangan itu cewah

      Delete
  6. terima kasih kerana follow blog sis JM..i'm follow u back :-)

    amat ketara perbezaan nya...skrg umur 20 tahun semakin manis :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks sis for follow back. :D
      Hamdallah. Pinjaman sementara sebelum tua ceh gitu hehe.

      Delete

komen sini thanks dearies:)