Suka blog AisyahAzman?

Friday, February 20, 2015

Nak kahwin tapi tiada duit.

//Assalamualaikum and hello guys\\

Sekarang ni, aku perasan and of course engkorang pun ramai yang perasan bahawasanya kahwin muda itu dah macam satu trend. Macam dedulu dah. Back to nostalgia gitu haaaa. 
Perkara ni memang realiti kehidupan remaja sekarang. 
Makbapak sekarang semakin open-minded dan memahami anak-anak. Tahniah for those yang telah berumah tangga padehal umur baru 18 tahun etc. 
Semoga korang berjaya menempuh ujian yang mendatang. 
Anda adalah insan yang terpilih kerana bertemu jodoh awal ecewah.

Itu bagi remaja yang beruntung sebab dipermudahkan dalam urusan perkahwinan seawal usia mereka. Tapi tak semua orang ada nasib yang serupa right? 
Mengikut pemerhatian aku, majoriti remaja yang masih belum berkahwin even bertahun dah bercinta adalah disebabkan DUIT.
Absolutely, DUIT is the most important thing for us. Takde duit cemane nak survive hidup kita ni wey. Takde duit cemana nak beli rumah empat tingkat, ferrari dua biji, volkswagen share dua orang pun mungkin susah untuk kita cari tanpa duit. 

google image aku cilok
Beb, sekarang ni takpayah tunggu beli benda alah tu semua, nak bagi anak dara orang duit hantaran RM 10,000 pun boleh tercekik tulang ikan parang wei. 
Aku memang salute for parents who are sanggup gilaaa support wedding anak dia semata-mata nak tengok anak dia bahagia. 

Dan masalah duit juga adalah masalah yang jadi punca aku dan Ayie terpaksa menangguhkan hasrat kami untuk membina masjid bertatahkan berlian wahhh memang tak capai hajat kalau begitu.
Ya, kami masih muda. Baru 20 tahun. Planning nak kahwin agak berat bagi kami untuk realisasikan dalam masa terdekat ni. 
Sebab kami bukan anak yang terlampau dimanjakan dengan duit dan harta benda.
Jadinya, selagi tiada duit, harta, rumah etc, susahlah untuk kami meneruskan hajat di hati perghhh ayat skema juga kekadang.

Walau apa pun jadi, aku kena terus berusaha untuk tolong Ayie, samasama kumpul duit dan make our dream become reality.
Wei kami ni dah nak masuk limatahun makanya memang kami takmau tunggu lama-lama sebab tak elok kan?
Seeloknya dipercepatkan. 

Sekarang, rela atau tidak, aku tetap berusaha untuk cari kerja tetap demi mencapai hasrat yang satu itu. 
Lepastu, barulah aku akan puas hati hahahahahaha *tak sedar tanggungjawab lagi berat lepastu*.
Alhamdulillah, family kedua-dua belah pihak setuju dengan hubungan kami. 
Semoga segalanya dipermudahkan. Dan kami pasti ni ujian Al-Khaliq untuk test level kesabaran kami. 

So, nasihat aku pada anak-anak muda remaja, bersyukurlah andai family engkoghang bersungguh-sungguh support percintaan korang and mendorong korang cepat kahwin kahkah. 
Bagi yang senasib dengan aku, nak kahwin tapi takde duit, hei jangan menyerah kalah. 
Kalau niat baik, Allah mesti tolong. Kau jangan stress sangat kang tak pasal pasal belum kahwin, macam-macam penyakit muncul. 
Just relax, doa, usaha sehabis mungkin, tawakkal. 

Kalau korang nak mudah, buat surat rasmi hantar kat mana-mana jabatan tertentu minta sponsorship fuhhhhh mana tahu kalau ada pihak yang kesian teehee.

With Love,
AisyahAzman.