Suka blog AisyahAzman?

Thursday, March 26, 2015

Demam aduhai diri

Hi alls.

Demam? Siapa demam? Syafakallah/Syafakillah, kamu insan terpilih untuk demam. ekeke.
Aku pun baaaaaru je sihat almaklumlah orang demam bila dah sihat rasa macam semua benda nak buat bebajet macam tough gitu haaa.

Lagipun sekarang cuaca panas je. Hujan kejap kejap lepastu panas semula.
Masha Allah.
Alhamdulillah Allah Maha Bijak Mengatur. Bagi sesiapa yang tengah membaca entry ni dalam keadaan demam, semoga dosa dosa kecil anda terhapus em emmm.

Tapi, aku nak share sikek apa yang mak tercinta buat sepanjang aku demam.
Rasa macam disayangi sungguh masa demam tu haa.
Mana tidaknya, kau nak makan apa? Mak buatkan. Kau nak minum air apa? Mak bancuhkan. Kau nak mandi ke apa? Sini mak jiruskan.
Dan rasa macam whoa special sungguh si pendemam ni. Saaaaaayang mak ketat ketat lebih daripada level sayangnya abah kat mak kehkeh.

Dannnn sepanjang aku demam, setiap malam mak akan masuk bilik aku dengan membawa satu mangkuk sederhana yang agak cantik bersinar sinar ingatkan makanan, rupanya daun bunga raya yang banyak dicampur dengan air sertaaaaaa berlendir euuuuuw.

Disebabkan aku ni sememangnya anak kampung tiada apa apa pelajaran je ada lalalalalalala *hancur lirik*, makanyaaa mak aku memang banyaklah petua itu dan ini.
Kalau orang kampung, diorang panggil 'jelum' ke apa ha aneh sikek nak nyebut pun tak reti aku (orang muo joho).
Aku panggil tuam lah. Lebih kurang je gayanyaa ekeke.

Mak sanggup bersengkang mata semata mata nak anak manja ucuk ucuk sorang ni baik n back to normal.
Well, mak kata daun bunga raya kalau disapukan kat keliling kepala In Shaa Allah rasa sejuk je kepala si pendemam.
And i was feeling it!
Rasa lega berganda ganda.
Memang dari kecil, aku ni pesen kalau demam je haa tepekkan aje daun bunga raya buat sejuk sejuk kepala dan boleh mengurangkan suhu kepanasan aku kehkeh.

Lagi satu, kalau tak daun bunga raya kebanggaan kita rakyat Malaysia pun, mak akan guna daun lidah buaya and buatlah benda yang sama dannnnnn hasil, sejuknyaaaa Ya Allah.

Macam mana teruk sekali pun kita sakit, pasti ada penawar.
Macam mana bagus sekalipun sihatnya kita ni, jangan lupa diri jangan lupa Allah.
Sebab bila kita dah sakit dan lupa semua tu, buat cara macam mana sekalipun, kalau Allah kata tidak untuk sembuh, so tidaklah.



No comments:

Post a Comment

komen sini thanks dearies:)