Suka blog AisyahAzman?

Tuesday, September 29, 2015

Dont give up! Husnudzon.

//Assalamualaikum and hai semua\\

Kenapa kadangkadang bila kita takdapat something yang kita inginkan, kita PUTUS ASA? 
Tell me why?!
Dan aku juga macamtu. "Putus asa". Tahu dah Tuhan paling taksuka hambaNya yang mudah putus asa, tapi kenapa yang Tuhan taksuka, yang tu juga lah yang kita buat? 

k aku taknak taip panjang lebar but zero, aku nak cerita. harapnya bukan baca semata-mata, mohon dijadikan ibrah dan ambil mana yang baik dan muhasabah diri dan sedari bersama. 

Aku ada sorang kawan yang saaaangat baik di mata aku.
Mungkin ada yang nampak beliau biasa-biasa jerrrrrr, tapi bagi aku, beliau berjaya mengajar aku erti kesabaran dan sentiasa berada dalam keadaan husnudzon (positive thinking).

Beliau bukan budak u yang berjaya, bukan student luar biasa, bukan orang berada.
Beliau biasa-biasa. Beliau budak lepasan espiyem (SPM. budakbudak sekarang, ejaan semakin mengada ngada ekeke), result budak tido katanya. 

Beliau taksambung study lepas SPM, tapi beliau semakin berjaya sekarang. Berjaya yang aku maksudkan bukanlah berjaya harta benda segala, tapi yang kita takdapat gambarkan kejayaan beliau tu.
Sekarang, aku masih merangkak memasuki alam degree, tapi beliau dah berjaya bagi makpak (mak bapak) beliau merasa duit gaji beliau setiap bulan.

Satu contoh yang aku nampak pada beliau. Beliau takpernah putus asa. 
Even kawankawan majoriti sambung belajar, beliau terus cari kerja tanpa putus asa. 

Beliau pernah diperkecilkan, dan beliau sentap, tapi beliau takpernah putus asa. 
Beliau pernah jatuh sejatuh jatuhnya, tapi beliau takpernah putus asa. 
Beliau pernah bankrap masa jual burger (masatu umur baru 14 tahun), tapi beliau takpernah putus asa.
Beliau pernah mancah (ambil upah tebas kebun orang) masa bulan Ramadhan dengan panas terik, tapi beliau takpernah putus asa. (masatu umur baru 15 tahun).
Beliau pernah kerja kedai makan masa zaman sekolah (umur 16 n 17 tahun), tapi beliau takpernah putus asa.

Dan sekarang umur beliau 20 tahun(sebaya aku), beliau ada dua pekerjaan. Beliau takpernah putus asa. 
Beliau tengah buat tu haa alaa PJJ (pembelajaran jarak jauh) di sebuah universiti tempatan. Beliau masih tak putus asa.
Aku salute dengan beliau. 
Hamdallah. Aku nampak "kesenangan" beliau sekarang ni. 
Kuncinya, jangan pernah putus asa. Doa, usaha, tawakkal!

"Belajar setinggi mana pun, tapi kalau tetap jadikan putus asa tu sebagai pendamping diri, jangan rasa yang kau dah hebat." *deep*

"Jangan giveup, rezeki dan segala kesenangan Allah yang bagi. Kita senang tu ujian, kita susah pun ujian. Jangan pernah giveup."

"Tak kisah pun kawankawan belajar tinggi tinggi, sebab Tuhan ada sesuatu yang indah untuk kita. Percayalah."

Aku tahu masih ramai lagi kawankawan, kakak abang adik yang sebaya atau senior atau junior aku yang mempunyai pemikiran macam kawan aku ni. 
Anda hebat! Teruskan dengan perangai baik gitu!

Last, aku salute!