Suka blog AisyahAzman?

Friday, October 2, 2015

Bajet tunang agak murah by #ashaazman #PartOne

//Asalamualaikum and hai semua\\

Siapa baru lepas engagement day? *put your hands up!* Tahniah adik kakak abang semua siapa yang baru lepas first step (tunang) tewww. 
Ingat! Baaaaru first step! Maka bermulalah segala dugaan engkorang mihmihmih moga tabah semua!
This entry, aku nak bagi pandangan aku pasal bajet tunang etc. 

Untuk para remaja yang plan nak bertunang, tahniah sebab dah planning daaaan pada pendapat aku, tunang ni takyah lah dok buat besaq besaq panggil sekampung siap pasang khemah siap pelamin gah letop letop uish buakpewwww leww bazir dah tu. 
Aku sangat taksetuju bila engagement day, bajet lari sampai cecah RM 10000 ke atas. 
Tumbang lembu kerbau unta kah?!
apa yang aku cakap ni bukan mainmain tau sebab hakikatnya ada yang sebegitu rupa. 
seriously beb guwa taktipeuwww euwwww
ohmy! RM 10000 boleh belikan bakal bini awak kereta kancil warna merah pon pon pon pon pon pon pon sejibik! kancil tu pula kalau di modify boleh nampakkan macam rusa eh! ehe *lap peluh* 

Tapi sebenarnya, itu semua terpulang atas individu tu sendiri. 
Ada yang sangat mampu, teruskan.
Kalau korang lebih kurang umur macam aku dan poket zero macam aku jugak, no need lah bazir.
membazirkan sedare setan ekekekekeke.

Based on my experience, tunang ni takyah heboh pun takpe. 
Setakat makpak lelaki vs makpak pompuan lepaklepak minum petang samasama lepastu deal bila anak engko nak kahwin dengan anak aku ha lepastu nak bajetkan belanjawan masa kenduri dan bla bla bla bla gitu kan mudah.

Bajet tunang dakdak yang memang nak save gilagila punya! (baca dan kira kos di bawah)

PIHAK LELAKI

1) Dulang hantaran
- kasut = RM 80
- kain meter = RM 50
- beg tangan = RM 30

2) cincin sebentuk = RM 300 (tapi confirmlah ada yang lagi murah kan? dan kalau pandai tawar menawar masa beli laaaagi save bro)

PIHAK PEREMPUAN

1) Dulang hantaran
- kasut =RM 100
- kain meter plain= RM 40
- buah-buahan = RM 30
- bahulu span = RM 20
- towel = RM 25

GOODIES (kalau nak bagi tetamu, buat sendiri) = RM 200

NO PELAMIN NO KHEMAH MAKAN NO PHOTOGRAPHER NO GOODIES YANG TERLAMPAU BANYAK.
Bajet untuk makanan berat (nasi, lauk pauk segala) mungkin dalam RM 500 (kalau jemputan takramai), tapi biasanya untuk bahan basah/mentah ni, sedare mara ada yang sponsor punya even sikit kihkih.

See? Atas tu bajet yang agak moderate lah kan.
Tapi kalau nak kurangkan lagi harga or barangbarang segala tu, depends. Dan laaagi bagus tau kalau korang padai manage bajet bagi agi murah tapi bermakna.
Aku buat anggaran je tu. Dan apa yang aku listkan kat atas tu adalah berdasarkan pengalaman yang pernah aku lalui.
Sebab kalau ikut kisah aku, lagi simple matey hidup balik pun memang simple! haha.

Kenapa takde sirih junjung? sebab kalau aku lah kan, aku takmakan sirih so terus out of list. ahha. Tahu dah aku tak ikut adat, tapi emmmmmmm nanti entry akan datang aku sambung lagi eah.
Mungkin sebab kita ni taknak lari daripada adat sampaikan lupa mana wajib mana haram mana harus mana makruh ha dah nak masuk hukum hakam pulak dah kahkah, 

Aku nak cakap lebih lebih, aku ni bukan ostajah or orang alim. Aku masih jahil. Tapi mana yang aku rasa aku patut share, aku share. Kau baca dapat pahala, aku tulis pun dapat pahala Subhanallah Maha Pemurah kan Tuhan?

(adik, awak dah kirakira bajet segala jangan pula dok terkinja kinja nak kahwin lepas baca entry aku ni ekeke).

Last, abaikan apa orang keliling yang kepoh dok mengata awak kahwin awal n bla bla bla. Sebab dorang hanya pemerhati. bukan dorang yang lalui. 
Tapi kalau korang rasa taknak kahwin awal, eh sukati koranglah, korang yang lalui. 
Pesen orang bezabeza hahaha. 

//Yang baik datang dari bantuan ALLAH, yang buruk datang dari kekurangan diri yang noob dan terlampau 'rendah' ini.

wow! murahnya bajet tunang engko senah!
Kalau ada silap, mohon maaf dan mohon perbetulkan.

With love, 
AisyahAzman