Suka blog AisyahAzman?

Saturday, January 30, 2016

Abahku Hero! Tapi Abah Alzheimer?

//Assalamualaikum and hi guys\\

Aku dari baby lagi memang maklong paklong yang jaga. 
Tapi aku takpernah panggil dorang paklong maklong. 
Since aku pandai bercakap lagi aku panggil dorang MAK ABAH. em exactly! thats special calling for both of them as they're my second parents hiks! 
Where are both of my parents? O both of them tinggal berasingan dengan aku, and setiap kali public holiday, family aku memang akan datang jenguk aku kat sini (rumah paklong maklong).

Abah (paklong). Abah special sangat!
Abah sorang je yang panggil aku dengan nama INTAN. sebab abah kata aku berharga macam intan permata bagi abah. too sweet abah! sweet! nak guna nama Intan lah untuk entry ni sebab dah lama abah tak panggil lagi nama tu :') 
Abah tahu tak abah hero Intan? Intan tahu, abah takkan baca apa yang intan taip ni. Tapi Intan nak cakap juga, ABAH HERO! ABAH HERO! ABAH HERO!

Abah takpernah naik tangan kat Intan kan? even abah marah macammana pun, mulut je berbunyi, tapi takpernah sebat. Abah penyabar sungguh!
Abah selalu pujuk Intan bila Intan merajuk. Kalau dulu, bila Intan ajak pergi kedai je, abah bawa terus tanpa alasan, bila sampai je kedai Intan lari-lari turun dari motor, abah perhati je. Abah kata "Nak amek apa-apa, amek je lah Tan."
Lepastu, sedozen coklat, gula-gula, chikedes, aiskrim, entah apa-apa lagi junkfood yang Intan ambil, abah kata ok je lepastu abah bayar semua. Nasibbaik makcik kedai tak bagi kita guni buat isi segala macam benda tu kan abah kan? haha. 
Bila time hujan masa sekolah rendah dulu, abah takkisah pun datang awal berhujan, lepastu tunggu je Intan keluar dari kelas kan abah? 
Tiap kali balik sekolah, abah mesti dah tunggu kat depan sekolah. Kadangkadang, abah datang paling awal padehal abah tahu lagi 15 minit kelas Intan habis. Sebab abah taknak Intan jalan kaki. Kan abah? 
Abah abah, dulu kita suka tengok cerita P. Ramlee sampai tengah malam kan? Abah tengok sambil baring lepastu bila abah terlelap je, Intan kejut abah suruh tengok juga. Abah tak marah. 
Abah duduk juga tengok cerita tu sekali sampai habis. 

Bila dah sekolah menengah, Intan nak masuk asrama, abah sedih, abah nangis. Abah ingat lagi tak? Kelakar je masatu. Masuk asrama je pun abah ui ekeke. 
Intan dah pandai bawa moto! Setiap kali Intan nak berjalan, abah mesti pesan, JANGAN PERGI JALAN RAYA SANA! JALAN JALAN KAT KAWASAN SINI JE. 
Tapi abah, Intan degil! Intan tak dengar kata, Intan bawa motor laju laju lepastu lumba ramai-ramai. 
Allah bayar cash! Intan accident. Kawan-kawan hantar balik rumah, Intan terus minta maaf kat abah tapi abah tak marah. Abah cakap elok-elok. 
Abah tengok luka Intan sana-sini. Abah tolong emak ubatkan Intan. Abah tolong Intan berjalan tapi Intan takboleh. Tisu lutut Intan koyak! Abah tolong angkat Intan masukkan dalam kereta lepastu hantar pergi klinik. Abah tak kuat tapi abah kuatkan juga.

Tahun 2016, abah tak sihat dah masuk tahun keempat. Abah dah tua. Umur abah dah 80 tahun.
Abah dah takpernah panggil nama Intan. Abah lupa tak kenangan kita? 
Abah tahu tak yang Intan dah nak kahwin? 
Kalau abah sihat, mesti abah dah interview bakal menantu abah tu. Mesti abah suka. Abah suka kan abah kan? Abah kan peramah. Abah tanya lah dia macam-macam.
Abah, even sekarang abah takkuat, abah dah lemah, abah dah lupa Intan, takpe. Intan tetap suka sebab abah still nak makan macam biasa. Abah jangan takmakan tau. Nanti Intan sedih.
Abah lupa eaaaaaaa abah kan taksuka bila Intan sedih. 

Abah, Intan tak sempat nak share cerita macam mana Intan kenal bakal menantu abah tu, kenapa Intan pilih beliau. Intan takdapat nak cerita sebab Intan tahu abah kena rehat. Abah taklarat nak dengar banyak sangat cerita. Nanti abah penat. Intan taknak abah penat. 
Abah, In Shaa Allah beliau mampu jaga Intan dengan baik. Abah doakan Intan ea.
Abah sihatlah cepat abah! Abah duduklah bercerita dengan Intan! Intan tunggu abah sihat ea abah. 
Banyak sangat cerita yang Intan nak cerita ni. :'\

Abah Alzheimer? Yes, abah alzheimer. Abah tak ingat yang Intan ni dah nak kahwin.
Abah ingat yang Intan still sekolah rendah. Abah ni kelakar tahu tak?
Kadang-kadang abah tanya "harini takpergi sekolah?" Abah, intan dah 21 tahun dah sekarang. Intan tengah cuti semester. Intan dah tak sekolah dah bah. hehe.
Intan masuk U. Kalau abah ingat, mesti abah suka sangatsangat kan? Sebab dulu, abah suruh Intan belajar pandai-pandai sampai masuk U. And now, I did it!
Kalau abah sihat, mesti Intan ajak ajak ajak ajak juga abah tengok U Intan. Abah mesti suka.

Dulu, masa UPSR , Intan dapat result, abah hadiahkan Intan motor. Sampai sekarang motor tu lawa lagi bah. Intan janji akan jaga motor tu elok-elok!
Intan akan gunakan motor tu je, taknak motor lain!
Masa PMR, Intan dapat result, abah bagi Intan sejumlah RM. Intan taknak pun tu semua. Cukup bangga Intan masatu bila kejayaan dikongsi dengan mak abah n family.
Masa SPM, Intan jatuh. Abah dah start sakit. Dan hakikatnya, result Intan memang cukupcukup makan. Balik je rumah, tengok abah tidur je, abah takkan tahu dah apa yang jadi lepasni.
Tapi mak? Mak sedih tau abah bila tengok result Intan. hmm.
Kengkawan masuk U, Intan STPM je abah. Intan rasa taknak belajar. Tapi Intan takboleh berterusan sedih. Mak still nak tengok kejayaan Intan.
Alhamdulillah, Intan bangkit dan mampu buat mak tersenyum even abah? Tetap takfaham apa-apa.
Right now, Intan kat U, tapi abah takpernah tengok macam dedulu masa Intan sekolah. Takpe bah.
Ada sorang lelaki berjiwa abah abah sangat selalu juga jenguk Intan. Beliau ganti abah. Beliau ikutkan je kehendak Intan. Beliau banyak mengajar Intan. Beliau orang yang sabar sangat. Macam abah!

Intan saaaayang abah. 
Sayang level gilagila punya lah!
Semoga Allah berkati perjalanan abah sepanjang hayat abah. 
Intan harap. 
Sekian daripada seorang intan payung abah yang rindukan abah. 

With Love,
AisyahAzman.

Thursday, January 14, 2016

Sejenis confuse yang meng-konfiuskan oi!

//Assalamualaikum and hi guys\\

Kekeliruan yang mengelirukan.
Kusut wey kusut. Pening wey pening! Loya wey loya! Mual-mual pulak aduh. *peh gaya memang gaya macam ibu mengandung lagaknya lol*
Aku punya keliru punya keliru punya keliru sampai rasa nak demam beriya betul, sampai lupa yang DIA mampu hilangkan segala kekeliruan aku. Hm pitam. 

Ok.
Right now, i'm officially a student of ''Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)''. 
Ada kisah sebenornya sebelum aku sambung belajar ni. Memang agak hampeh jugeklah kot. 

11 Ogos 2015, aku dapat result UPU. Alhamdulillah, bla bla bla bla Kaunseling dengan Kepujian Universiti Sains Islam Malaysia (takperlu kot aku nak cakap diploma ke degree ke master ke phD ke takpenting le hehhh). 

Awalnya, aku takpernah terfikir nak sambung belajar. Cukuplah sekadar aku STPM, then aku memang nekad nak cari kerja nak duduk rumah jaga mak abah. Serius. 
Since aku lahir, mak sedare and pak sedare yang jaga aku (maklong n paklong tapi aku panggil dorang mak abah). 
Masa mak kandung aku bersalinkan aku dulu, ekonomi memang terlampau menyedihkan. 
Dan kebetulan, pak sedare aku belum ada rizqy zuriat masa tu. 
ha mak bapak kandung pun aku panggil "mak abah" jugek lepastu mak sedare pak sedare ponnnn aku panggil "mak abah" jugek. get it?
Heh, harap ko repeat pencerahan aku tu duatiga kali sebelum kau konfius dan rasa nak hantuk kepala kat gate rumah ko.
k tu information je. 

Aku taknak sambung belajar sebab nak jaga abah (pak sedare) yang dah uzur (umur 80 tahun), so kau dapat agak kan tahap keuzuran beliau macammana. Lepastu abah ada penyakit Alzheimer (bahasa kasar nyanyuk bahasa halus hilang ingatan bila semakin tua dan uzur).  
Mak (mak sedare) sorangsorang je jaga abah. Dan dorang ada tiga orang anak angkat termasuk aku. 
Sorang meninggal, sorang kerja jauh dan sorang lagi aku yang solehah dan sopan dan lemah longlai pulek nak puji diri sendiri ni lol haha.

Well, kita hanya mampu merancang right? Sumpah aku terkedu bila apa yang aku harapkan (nekad taknak sambung belajar), tapi Allah anugerahkan aku sebaliknya. 
Aku keliru. Aku sedih. Aku gembira? eh aku taktahu apa aku rasa masatu.

Engko tahu tak esoknya hari last confirmation sama ada kau nak reject or accept tawaran U, harini aku baru terbuka hati nak terima. Peh harapnya nanti kalau aada orang datang lamar aku, takdelah lambat benor keputusan aku. Matilahnak! 
Tu pun puas aku fikir and ikhtiar.

2 September aku dah kena daftar, seminggu sebelum tu aku boleh watlek watcool watpeace je macam takde pape. 
Preparation? Harommmmm memang lagi le zero. 

5 hari sebelum daftar USIM. baru aku rasa ada kekuatan yang memaksa aku untuk teruskan. Teruskan apa? Ye belajor le takkan teruskan rileks je adoi aje gila engko. 
Heh, pesen aku memang manusia yang peng-kalut (lantak apa aku broken tatabahasa) haha. 
Sehari sebelum pergi, aku baru nak listkan barang barang keperluan, dan petang tu baru aku pergi cari barang. Wey engko rasa tak apa aku rasa? Aku rasa penyesalan beb! Dasar manusia suka buat kerja last minute betul minah ni! hahahaha. Jangan jadi seperti Aisyah. 

Walaupun konon-kononnya ada ''kekuatan'' yang menguatkan aku, tapi sebenarnya aku masih berharap yang mak (mak sedare) akan buka mulut cakap gini "dek, takyah pergilah. jaga abah je, lepastu kerja." fuuuu bagaikan pelangi menyinari hari beb! tapi itu semua auta belaka. 
Sebab apa? Sebab faktanya, mak kandung and mak(mak sedare) aku kata gini "belajarlah dek. ilmu tu takkan habis. Doakan abah baikbaik saje. Allah kan ada. kejar cita-cita. Abah mesti bangga kalau dia tahu apa yang jadi sekarang ni" k tisu mana tisu, taknampak ke skrin ni penuh air? kehkeh. 

Dan abah kandung aku? Lagilah kuat dorongan beliau suruh aku belajar. 
Sahabat sahabat aku? Lagilah! Dorang punya semangat tu fuh berkobar kobar gila-gila terharu iols terharu!
Jutaan terimakasih pada semua individu yang sungguh-sungguh support aku dari belakang sana sini situ, tepi kanan, tepi kiri, depan ha semua lah. Aku takdapat balas budi kalian semua! aaaaaaa.

Semua orang support aku Alhamdulillah. ko rasa sebab apa? Sebab semua orang tahu bahawasanya memang dari sekolah menengah aku ni addict benor dengan bidang kaunseling beb. 
Almaklum, budak baik saaaaaaangat memang gini, selalu keluar masuk bilik kaunseling dan dikaunselingkan kemudian berazam untuk meng-kaunselingkan orang lain. haha. ko rasa satu dendam atau cita-cita. choi ekekeke. 

Abah (pak sedare) aku pulak? Hm, aku takkuat nak tinggalkan beliau. Sebab aku terlampau sayangkan beliau. 
Mungkin sesiapa yang pernah menjaga seorang atok/pakcik/bapa and ahli keluarga terutamanya warga emas yang ada alzheimer, dorang akan faham apa aku rasa. 

Aku minta petunjuk daripada Allah dan DIA datangkan jawapan yang sungguh memuaskan. 
Aku yakin yang DIA akan lindungi semua orang yang aku sayang sepanjang ketiadaan aku (aku taktau pehal dengan aku ayat dramatis benor).

Usaha. 
Doa. 
Tawakkaltu 'alallah.

Dan akhirnya aku di sini. USIM. tempat aku belajar untuk menggali ilmu yang tidak berpenghujung dan cuba "memberi" kepada generasi akan datang. 
Bukan tempat aku belajar untuk dapatkan kerja yang gah. Tidak sama sekali. 

Akan datang aku akan share serba sedikit tentang Alzheimer dan bla bla bla bla dengan ringkas dan padat serta sendat eh ko pehal jari taip ikut hati benor ni. 

Sekian. Kalau rajin, aku sambung nanti. Nanti ah.


With love,
AisyahAzman

Wednesday, January 13, 2016

Kayap tu apa?


//Assalamualaikum and hi guys\\

Belum terlambat kot nak wish Happy New Year you alls ehehe. 2016 dah? 
Oh My Allah! Aku masih belum berubah uwaaaaaaaaaa.
Selama ni aku busy, harini baru free wey. 

Jemah, minah, jah, senah, esah and sesiapa je yang baca entry ni, harini aku nak cerita pasal kayap. 
Sebab ada salah seorang daripada family aku baru terkena penyakit ni. Semoga beliau cepat sembuh In Shaa Allah Aamiin. 

Kayap ? Mesti ada yang tertanya-tanya sejenis apakah kayap tu?
makanan? kuih-muih? binatang? nama orang? nama gelaran kau? eh? ekekeke.
Kayap tu nama saintifiknya herpes zoster (orang orang medik/perubatan mesti tahu sangat pasal penyakit ni)
Punca penyakit ni disebabkan oleh virus varicella zoster (VZV) yang menyebabkan ruam pada permukaan kulit and sangatlah pedih wey! Lepastu mesti rasa macam errrr nak buang je kulit engko yang terkena virus tu.

Kayap ni banyak jenis tau.
Aku listkan sikit ea?
1) Kayap ular
2) Kayap api
3) Kayap tompok
4) Kayap selendar
5) Kayap harimau
6) Kayap bersambung (ada orang kata kalau dia keliling pinggang, boleh meninggal)

Ok nak bagitau sikit apa simptom-simptom terkena penyakit ni.
Kalau virus ni menular dalam badan, korang mesti rasa nak demam, lepastu tekak rasa loya, lepastu pening-pening, lepastu nanti badan korang akan dijangkiti ruam panas, badan pun rasa agak sengal-sengal dan masatu, selera makan memang dah lari jauh dah.
Ada yang taktau pesen kayap ni macammana. Kayap ni akan keluar macam gelembung air pada bahagian tertentu kat badan.
Senang cerita, dia akan keluar macam ruam yang memang berterusan punya. Tak berhenti ruam tu.
Ada kes yang sampai keluar darah tapi tu tak semua orang yang kena.
And the important thing, sakit memang saaaaaakit!
Alhamdulillah aku tak pernah kena tapi bila aku tengok ada sorang ahli keluarga aku yang terkena, rasa sedih sangat beb! Nauzubillahi min zaalik!

Aku pernah terbaca kat macam macam blog yang virus macamni biasa jadi pada orang yang lebih dewasa and yang semakin tua.
Bahaya kan? Kesian kan? hmm.

Masa family member aku terkena kayap tu, aku terfikir mungkin Allah nak ampunkan dosa beliau.
Allah bagi ujian macamtu sebab orang tu mampu sangat untuk hadapi.

Buat sesiapa yang pernah kena penyakit ni, percayalah, Allah uji sebab Allah sayang.
Allah rindu doa kita. Allah nak kita laaaaaaagi dekatkan diri pada DIA.
Allah takkan bagi ujian kalau akak/abang/awak takmampu.

Aku salute sebab korang tabah dan cekal serta sabar *maksudnya sama je kan weyy! T___T
Alhamdulillah family member aku yang terkena penyakit tu dah semakin sembuh.
Aku sedih bila tengok beliau terpaksa tahan mata bila nak nak tidur. Sebab pedihnya rasa tu akan menyebabkan kau mandi tak basah, makan tak kenyang, tidur sememangnya serius takkan semudah ABCDEFGH bla bla bla bla.

Aku ni serius betul cerita pasal kayap. Dah tiba hujung hujung entry ni, aku rasa kayap dengan ketayap tu macam lebih kurang.
Ketayap oh ketayap!
Lapar pulek.




Cukuplah aku copet duagambar je dari google. aku taknak letak gambar contoh kayap banyakbanyak. Kang lari selera aku nak makan kuih ketayap. Kalau kau nak tengok lebihlebih, kau google ok? 
Aku tak setabah kau ekekekeke.

Nah aku belanja kuih ketayap, gambor ni pun aku amek kat google image beb! Bagi engkorang yang dok terpinga pinga pemende alah nya kuih ketayap, ha tu ha atas tu! 
Siapa yang taksuka kuih ni, rugi wey walau 1001 tahun kau di duniya ops gurau. 

Ok dapat tak ilmu baru harini? Aku pun banyak je google google sebab nak tahu pasal kayap bla bla bla bla.
Sekian dari Cik AisyahAzman. esok lusa dah jadi Puan. So saje memanfaatkan gelaran "CIK" buat masa ni haaaa haaaa haa.

With love,
AisyahAzman